Jumlah Hadiah Wang Tunai Pemenang Dan Setiap Pasukan Piala Dunia FIFA Qatar 2022

Jumlah Hadiah Wang Tunai Pemenang Dan Setiap Pasukan Piala Dunia FIFA Qatar 2022

Gelaran Piala Dunia FIFA itu pastinya pencapaian hadiah terbesar bagi seseorang pemain bola sepak. Bukan kerana duit, tetapi rasa bangga dengan pasukan kebangsaan dan negara apabila dinobatkan sebagai pasukan bola terbaik di dunia.

Tetapi biasanya hadiah wang tunai pastinya akan diberikan kepada pasukan yang menang, yang layak dan bertanding dalam kejohanan berprestij seperti World Cup kali ini.

Sebelum ini, FIFA ada mengumumkan dimana pada tahun ini bagi kejohanan Piala Dunia FIFA Qatar 2022, hadiah wang tunai secara keseluruhan adalah berjumlah USD 440 juta (~RM 1 bilion) termasuk USD 42 juta (~RM 185 juta) untuk pasukan juara.

Dalam pada itu juga, FIFA juga mengumumkan bagi setiap pasukan yang layak ke Piala Dunia menerima USD 1.5 juta (~RM 6 juta). Ianya bertujuan bagi menampung kos persedian sepanjang pertandingan.

Jika dibandingkan untuk edisi 2018, ada kenaikkan nilai hadiah. France yang muncul juara ketika itu hanya memenangi USD 38 juta sahaja dengan jumlah keseluruhan bernilai USD 400 juta.

Pastinya kesemua hadiah wang tunai ini akan diberikan kepada persatuan bola sepak seperti English Football Association bagi pasukan England dan sebagainya. Ianya tidaklah diberikan direct kepada pemain itu sendiri. Persatuan lah yang akan agihkan kepada pemain dan barisan staff dan kejurulatihan.

Senarai Jumlah Hadiah Wang Tunai Keseluruhan Di Piala Dunia FIFA Qatar 2022

Berikut merupakan nilai pecahan hadiah wang tunai rasmi bagi setiap 32 pasukan yang layak dan bertanding dalam kejohanan Piala Dunia FIFA Qatar 2022

  • Juara - USD 42 Juta
  • Naib Juara - USD 30 Juta
  • Tempat Ketiga - USD 27 Juta
  • Tempat Keempat - USD 25 Juta
  • Pusingan Suku Akhir - USD 17 Juta (setiap pasukan)
  • Pusingan 16 - USD 13 Juta (setiap pasukan)
  • Peringkat Kumpulan - USD 9 Juta (setiap pasukan)

Senarai pasukan yang terkandas di Peringkat Kumpulan yang mana setiap darinya menerima hadiah wang tunai sebanyak USD 9 juta (~RM 39 juta)

Qatar, Ecuador, Wales, Iran, Mexico, Saudi Arabia, Denmark, Tunisia, Canada, Belgium, Germany, Costa Rica, Serbia, Cameroon, Ghana dan Uruguay.

Senarai pasukan yang berjaya mara ke Pusingan 16 tetapi tewas dan setiap darinya meneirma hadiah wang tunai sebanyak USD 13 Juta (~RM57 Juta)

USA, Senegal, Australia, Poland, Spain, Japan Switzerland, South Korea

Senarai pasukan yang berjaya mara ke Suku Akhir tetapi tewas dan setiap darinya menerima hadiah wang tunai sebanyak USD 17 Juta (~RM 75 Juta)

Brazil, Netherlands, Portugal, England

Pasukan di Tempat Keempat menerima hadiah wang tunai sebanyak USD 25 Juta (~RM110 Juta)

Morocco

Pasukan di Tempat Ketigat menerima hadiah wang tunai sebanyak USD 27 Juta (~RM119 Juta) & Pingat Gangsa

Croatia

Naib Juara menerima hadiah wang tunai sebanyak USD 30 Juta (~RM132 Juta) & Pingat Perak

France

Juara menerima hadiah wang tunai sebanyak USD 42 Juta (~RM185 Juta) & Pingat Emas

Argentina

Senarai Pemenang

Golden Ball Award - Lionel Messi

Golden Boot Award - Kylian Mbappe (8 gol)

Golden Glove Award - Emiliano Martinez

FIFA Young Player Award - Enzo Fernandez


Sumber : FIFA

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post