Info Dan Sinopsis Drama Chinta Arjuna Di TV3

Drama Chinta Arjuna Di TV3

Saksikan drama Chinta Arjuna yang akan menemui penonton mulai 13 Disember 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 6.00 petang menerusi slot Sakura di TV3 atau boleh juga strim secara online di watch.tonton.com.my

Drama bersiri 20 episod yang bakal menggantikan The Pak Mat Clan ini merupakan terbitan syarikat produksi Tanah Beris Film Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Shuhaimi Lua Abdullah dengan nukilan skrip daripada Zyza Backy.

OST Drama

Lagu Tema : Pelan Pelan
Penyanyi : Paper Farah, Danial Ismail & Arief Peter
Komposer : Red Rahimad, Pown, Hasril & Otromen
Lirik : Arief Peter dan Sharif Nas

Sinopsis Drama Chinta Arjuna

Drama Chinta Arjuna menampilkan barisan pelakon seperti Fadlan Hazim, Riena Diana, Syarafi Sudarmaji, Shweta Sekhon, Azizah Mahzan, Shahronizam Noor, Chomell Fana, Alif Hadi, Eddy Syamin, Raja Azmi, Elvina Chua, Nadia Brian dan ramai lagi

  • Fadlan Hazim sebagai Arjuna
  • Riena Diana sebagai Chinta
  • Syarafi Sudarmaji sebagai Putra
  • Shweta Sekhon sebagai Mawar
  • Azizah Mahzan sebagai Nenda
  • Shahronizam Noor sebagai Adika
  • Chomell Fana sebagai Nana
  • Alif Hadi sebagai Syakir
  • Eddy Syamin sebagai Zhafir
  • Raja Azmi sebagai Kak Bell
  • Nadia Brian sebagai Julia

Tonton drama Chinta Arjuna online - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang kehidupan Arjuna seorang hardworking yang pada mulanya sibuk dengan hal bisnes peninggalan ayahnya sehingga tidak ada masa untuk bercinta dan mencari bakal isteri.

Disebabkan itulah, Nendanya risau berikutan Arjuna yang terlalu sibuk dengan kerja sehinggalah pernah timbul gosip menuduh Arjuna mempunyai skandal dengan lelaki.

Oleh itu, Nenda telah mengatur satu percutian antara Arjuna dan Julia di Pulau Redang. Disana Arjuna bertemu dengan Chinta dan mengupahnya untuk menyamar menjadi teman wanitanya selama 3 hari ketika berada di pulau tersebut.

Selepas selesai misi menyamar tersebut, Nenda telah mengupah sekali lagi Chinta untuk bercinta dengan Arjuna tetapi kali ini kontrak yang dibuat tanpa pengetahuan Arjuna sendiri. Ianya seolah-olah Chinta betul-betul sayang akan Arjuna.

Walaubagaimanapun aturan tersebut akhirnya diketahui oleh Arjuna yang mana dia merasakan dirinya dipermainkan oleh Chinta demi mendapatkan upah daripada Nendanya sendiri. Apakah yang terjadi pada akhirnya nanti?

Drama Chinta Arjuna Di TV3

Drama Chinta Arjuna Di TV3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post