Jadual Perlawanan Persahabatan Malaysia 2022 Tier 1 (Kemboja & Maldives)

Jadual Perlawanan Persahabatan Malaysia 2022 Tier 1 (Kemboja & Maldives)

Pasti ramai yang sudah rindu akan pasukan bola sepak Harimau Malaya beraksi. Malaysia akan mengharungi 2 perlawanan persahabatan iaitu menentang Kemboja pada 9 Disember 2022 dan Maldives pada 14 Disember 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil dan Stadium KL.

Aksi persahabatan ini pastinya akan digunakan sebaik mungkin oleh ketua jurulatih, Kim Pan Gon bagi mempersiapkan anak-anak buahnya bagi mengharungi kejohanan AFF Mitsubishi Electric Cup2022 yang membuka tirai pada 20 Disember ini.

Dalam aksi persahabatan, Malaysia yang kini menduduki rangking FIFA ke 146 akan bertemu bertemu pasukan dengan rangking 177 iaitu Kemboja untuk aksi pertama. Kemudian 5 hari selepasnya, Malaysia akan bertemu Maldives yang menduduki rangking ke 154.

Pasukan lawan sepertinya memiliki rangking yang lebih rendah, jadi tidak boleh tidak, kedua-dua perlawanan ini skuad Harimau Malaya mesti menang. Selain memperkuatkan pasukan, kena juga jaga ranking FIFA. Kang tak pasal-pasal jatuh lagi kan.

Jadual Dan Keputusan Perlawanan Persahabatan Malaysia 2022

Jika anda berkesempatan, jangan lupa untuk datang ke stadium bagi memberikan sokongan padu kepada barisan pemain dengan dapatkan tiket masuk untuk kedua-dua hari perlawanan. Harga tiket RM30 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Jadi datang la dua hari, RM60 sahaja.

Seperti yang dimaklumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pembelian tiket hanyalah secara online sahaja di www.tickethotline.com.my dan tiada tiada penjualan tiket di stadium. Jadi beli online sahaja deh.

Tapi jangan risau jika anda tidak berkesempatan untuk hadir dimana perlawanan ini turut akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Arena 801 dan saluran TV9 juga secara online di Astro Go dan watch.tonton.com.my/tv9

Berikut merupakan jadual penuh perlawanan persahabaran Tier 1 FIFA 2022 melibatkan pasukan Harimau Malaya:

Jumaat, 9 Disember 2022

FT : Malaysia (4) - (0) Kemboja

  • Faisal Halim 11'
  • Lee Tuck 38'
  • Faisal Halim 45+2'
  • Stuart Wilkin 86'

Masa : 9.00 Malam
Venue : Stadium Nasional Bukit Jalil
Tayangan : Astro Arena 801 dan TV9
Live Streaming : Live 1 | Live 2

Rabu, 14 Disember 2022

FT : Malaysia (3) - (0) Maldives

  • Darren Lok 24'
  • Faisal Halim 64'
  • Lee Tuck 88'

Masa : 9.00 Malam
Venue : Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur Cheras
Tayangan : Astro Arena 801 dan TV9
Live Streaming : Live 1 | Live 2

Jadual Perlawanan Persahabatan Malaysia 2022 Tier 1 (Kemboja & Maldives)

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post