Jadual Siaran Langsung Suku Akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022

Jadual Siaran Langsung Suku Akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022

Selepas satu hari bercuti rehat tanpa perlawanan pada 8 Disember, ianya diteruskan disambung untuk pusingan Suku Akhir di kejohanan bola sepak Piala Dunia FIFA Qatar 2022 bermula 9 hingga 11 Disember 2022.

Nampaknya banyak kejutan yang berlaku dalam pusingan ke-16 sebelum ini. Pastinya yang utama apabila juara piala duia edisi 2010 tersungkur di tangan Morocco dalam penentuan sepakan penalti selepas tamat tempoh 120 minit dengan tanpa jaringan.

Jika dilihat sebelum ini dengan kebangkitan pasukan Asia seperti Japan dan Korea yang mana akhirnya terpaksa akur tersingkir dan gagal ke pusingan suku akhir apabila tewas di tangan lawan masing-masing.

Dalam pusingan ke-16 ini juga kita akhirnya kita dapat saksikan jaringan hat-trick kali pertama di Piala Dunia 2022 ini menerusi penyerang Portugal, Gonaalo Ramos ketika mereka menewaskan Switzerland dengan jaringan 6-1.

BACAJadual Perlawanan Piala Dunia Fifa Qatar 2022 Waktu Malaysia

Pasukan kini semakin berkurangan dan ramai yang sudah pulang awal. Hanya 8 pasukan sahaja yang masih meneruskan cabaran dalam World Cup 2022 kali ini dengan melibatkan 4 perlawanan. Pasukan yang berjaya ke pusingan Suku Akhir adalah :

  1. Netherlands
  2. Argentina
  3. England
  4. Croatia
  5. Brazil
  6. Morocco
  7. Portugal

Pasukan-pasukan ini akan bersaing bagi merebut slot ke pusingan Separuh Akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022 dan yang pastinya mereka yang kalah perlu mengucapkan selamat tinggal dalam peringkat kalah mati ini.

Jadual & Keputusan Suku Akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022

Sama juga seperti di Pusingan 16 apabila hanya 2 waktu sahaja yang akan berlangsung perlawanan iaitu pada jam 11.00 malam dan 3.00 pagi untuk waktu Malaysia. Empat stadium berlainan yang akan digunakan iaitu Stadium Education City, Lusail Iconic, Al Thumama dan AL Bayt.

Untuk penonton di Malaysia, anda masih lagi boleh saksikan perlawanan secara langsung menerusi saluran Astro dan RTM. Berikut merupakan senarai jadual penuh perlawanan untuk pusingan Suku Akhir FIFA World Cup Qatar 2022:

9 Disember 2022 (Jumaat)
AET : Croatia (1) - (1) Brazil [Pen: 4-2] - 11.00PM di RTM Astro FWC 825

10 Disember 2022 (Sabtu)
AET : Netherlands (2) - (2) Argentina [Pen: 3-4] - 3.00AM di Astro FWC 825
FT : Morocco (1) - (0) Portugal - 11.00PM di Astro FWC 825

11 Disember 2022 (Ahad)
FT : England (1) - (2) France - 3.00AM di Astro FWC 825

Jadual Siaran Langsung Suku Akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022

*bagi yang berjaya memenangi perlawanan ini, mereka akan layak dan bergerak ke pusingan Separuh Akhir yang dijadualkan berlangsung pada 14 dan 15 Disember 2022

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Jadual Siaran Langsung Suku Akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022"