Senarai Lagu Rasmi Piala Dunia FIFA Qatar 2022

Senarai Lagu Rasmi Piala Dunia FIFA Qatar 2022

Apalah sebuah kejohanan Piala Dunia FIFA tanpa lagu rasmi. Kali ini Qatar 2022 juga menampilkan koleksi lagu-lagu dan soundtrack yang pastinya mampu menaikkan lagi kehangatan kejohanan bola sepak paling berprestij tersebut.

Setiap edisi pastinya kita akan disajikan dengan lagu-lagu yang sedap didengar disamping menaikkan vibe sukan bola sepak itu sendiri. Bila kita dengar sahaja lagu-lagu tersebut, kita boleh tahu itulah lagu World Cup.

Sebelum ini kita ada La Copa de la Vida daripada Rick Martin tahun 1998, kemudian Waving Flag daripada K'Naan tahun 2010. Tahun 2014, kita didendangkan dengan lagu Waka Waka daripada Shakira. Memang best la.

Kali ini juga di Qatar, sekali lagi semua peminat bola sepak disajikan dengan runut bunyi yang mampu menyatupadukan kita semua menerusi lagu dan bola sepak. Lirik-lirik lagu yang dipersembahkan kali ini lebih harmoni. Syabar Qatar!

Senarai Lagu Rasmi Piala Dunia FIFA Qatar 2022

Edisi 2022, FIFA bukan menyajikan sebuah lagi tetapi ada 4 kesemuanya koleksi lagu rasmi kejohanan yang berkolaborasi dengan artis-artis antarabangsa.

Jom kita lihat dan dengar 4 lagu rasmi (soundtrack) dan mampu menaikkan semangat bola sepak bagi kejohanan Piala Dunia FIFA Qatar 2022 disini:

  1. Hayya Hayya (Better Together) - Trinidad Cardona, Davido dan Aisha
  2. Arhbo - Ozuna featuring GIMS
  3. Light the Sky - Rahma, Balqees, Nora dan Manal
  4. Dreamers - Fahad Al Kubaisi and Jung Kook (BTS)

1.  Hayya Hayya (Better Together) - Trinidad Cardona, Davido dan Aisha

Hayya Hayya menjadi lagu rasmi pertama yang dipilih bagi edisi Qatar 2022 kali ini. Ianya menampilkan gabungan 3 penyanyi berbeza iaitu Trinidad Cardona dari Amerika Syarikat, Davido daripada Nigerian dan penyanyi tempatan dari Qatar, Aisha. Dinyanyikan pada acara penutup. Boleh dengar disini.

9/10

2.  Arhbo - Ozuna Ft GIMS

Arhbo merupakan sebutan dengan loghat tempatan untuk Selamat Datang di Qatar. Ianya berasal daripada perkataan Arab iaitu Marhaba. Lagu ini dibuat bagi menaikkan semangat dan menguatkan lagi perpaduan yang dijalin di Qatar bagi meraikkan festival bola sepak. Dinyanyikan lagu ini pada acara penutup. Boleh dengar disini.

8/10

3.  Light The Sky - Rahma, Balqees, Nora dan Manal

Lagu yang ketiga ini, Light The Sky menampilkan 4 penyanyi Arab wanita paling popular iaitu Balqees, Nora Fatehi, Manal dan Rahma Riad. Dalam muzik video ini juga memaparkan sambutan kepada pengadil wanita pertama yang beraksi di Piala Dunia FIFA. Lagu ini juga dinyanyikan pada acara penutup. Boleh dengar disini.

6/10

4.  Dreamers - Fahad Al Kubaisi dan Jung Kook (BTS)

Dreamers merupakan sountrack rasmi yang dipersembahkan pada acara pembukaan Piala Dunia FIFA Qatar 2022 dengan menampilkan gandingan penyanyi tempatan, Fahad Al-Kubaisi dan salah seorang anggota BTS iaitu Jung Kook. Boleh dengan disini.

7/10

Senarai ini adalah rasmi daripada FIFA. Sebenarnya banyak lagi lagu yang dikeluarkan sempena FIFA World Cup 2022 kali ini. Mana lagu yang anda paling minat untuk World Cup kali ini?

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post