Senarai Pemenang Anugerah Festival Filem Malaysia 32

Senarai Pemenang Anugerah Festival Filem Malaysia 32

Tahniah kepada filem Spilt Gravy merangkul anugerah Filem Terbaik dalam Festival Filem Malaysia Ke-32 yang juga memenangi 6 anugerah lain pada malam anugerah tersebut.

Festival Filem Malaysia (FFM) diadakan bagi menghargai dan menilai mutu kerja filem sepanjang tahun sekali gus menggalakkan penggiat filem untuk menghasilkan sesebuah filem yang baik dan bermutu.

Dengan bertemakan Filem Kita, Citra Kita, FFM32 pada tahun ini, kita dapat saksikan pelbagai filem yang telah diterbitkan sepanjang tahun 2022 seperti Split Gravy, Air Force The Movie: Selagi Bernyawa, Juang, Prebet Sapu dan banyak lagi.

Jadi malam tersebut sebanyak 31 kategori dan anugerah yang dipertandingkan untuk Festival Filem Malaysia Ke-32 dan pastinya kategori utama adalah Filem Terbaik. Setiap pemenang membawa pulang wang tunai RM5,000, sebuah trofi dan koleksi ekslusif NFT FFM32.

Selain daripada penyampaian anugerah, penonton juga dihiburkan dengan persembahan daripada artis-artis popular tanah air seperti Siti Nordiana, Ernie Zakri, Zainal Abidin, Marsha, De Fam, Han Byul, Hazama dan ramai lagi.

FFM32 yang dihoskan oleh Awal Ashaari bersama Che Puan Sarimah Ibrahim telah bersiaran pada 2 Disember 2022, hari Jumaat bertempat di Encore, Melaka yang juga turut disiarkan menerusi saluran RTM TV2 dan secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Senarai Penuh Pemenang Bagi Anugerah Festival Filem Malaysia 32 (FFM32) Tahun 2022

Berikut merupakan senarai pemenang bagi 31 kategori dan anugerah yang dipertandingkan dalam FF32 kali ini:

Filem Terbaik
Spilt Gravy On Rice

Pengarah Terbaik
Ryon Lee Eng Keong - Small Town Heroes

Pelakon Lelaki Terbaik
Dato' Adi Putra - Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan

Pelakon Wanita Terbaik
Tan Chui Mui - Barbarian Invasion

Skor Muzik Asal Terbaik
Small Town Heroes - Tan Yen Hue/ Tan Shin Hwa/ David Ngan Teck Wai

Cerita Asal Terbaik
Small Time Heroes - Ryon Lee Eng Keong

Lakon Layar Terbaik
Spilt Gravy - Jit Murad/ Dato' Zahim Albakri/ June Tan

Penyunting Terbaik
Split Gravy - Isazaly Isa/ A. Samad Hassan

Sinematografi Terbaiklagu
Small Town Heroes - Stephen Chua/ Jyh Shyan

Penataan Bunyi Terbaik
Air Force The Movie: Selagi Bernyawa - Charlene Ong Chye Leng

Anugerah Khas Penggiat Belakang Tabir
Akma Suriati Awang

Anugerah Khas Seniman Sepanjang Zaman
Seniman Mat Sentol

Anugerah Khas Seniwati Sepanjang Zaman
Seniwati Dato' Hajah Sarimah Ahmad

Anugerah Khas Juri Filem Antarabangsa
Ranah 3 Warna - PT. Mnc Pictures Indonesia

Pengarah Harapan
Dato' Zahim Albakri - Spilt Gravy

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Beto Kusyairy - Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Juliana Ibrahim - Spilt Gravy

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
Phua Chandler - Small Town Heroes

Pelakon Wanita Harapan
Layla Sania Khairuzikri - Small Town Heroes

Pelakon Lelaki Harapan
Jaa Suzuran - Autumn In Wales

Lagu Tema Terbaik
Wira Hatiku - Lim Yee Chung (Juang)

Rekaan Busana Terbaik
Spilt Gravy - Rosada Abdul Hamid

Kesan Khas Visual Terbaik
Air Force The Movie: Selagi Bernyawa - Ma Chiau Ran/ Tan Ye Xuan/ Pau Tun Kai

Penataan Seni Terbaik
Spilt Gravy - Raja Malek/ Wong Taysy

Poster Terbaik
Small Town Heroes - Tree Egg Plt

Tatarias Terbaik
Rasuk - Malya Artwork

Anugerah Khas Juri 1
Juang

Anugerah Khas Juri 2
Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan

Anugerah Khas Juri 3
Air Force The Movie: Selagi Bernyawa

Anugerah Filem Box Office
Mat Kilau - Studio Kembara Sdn. Bhd.

Anugerah Filem Pendek Terbaik
Can You Love Me Most? - Feisk Sdn. Bhd.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post