Info Peserta Dan Juri The Masked Singer Malaysia 3 Tahun 2022

info program, juri dan peserta the masked singer malaysia 3 tahun 2022

Nampaknya kita kembali lagi dengan teka-meneka setiap minggu siapakah artis atau orang disebalik topeng apabila The Masked Singer Malaysia musim 3 kini kembali menemui penonton Astro bermula 23 Disember 2022.

Untuk musim pertama dan kedua sebelum ini kita dah dapat lihat Aina Abdul dengan maskot Bunga Raya dan Shila Amzah dengan kostum Rambutan dinobatkan sebagai juara. Untuk musim ketiga kali ini sekali lagi kita akan dapat libat barisan peserta dengan rekaan busana iaitu kostum yang hebat-hebat.

Untuk pengetahuan, program The Masked Singer Malaysia ini diadaptasi daripada program asal program realitivi tv popular di Korea Selatan iaitu The King Of Mask Singer. Selain Malaysia, sebenarnya negara seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat juga mengadaptasi program ini ke negara mereka sehingga mencetus satu fenomena.

Format Pertandingan

Selama 11 minggu, seramai 15 selebriti akan membuat persembahan nyanyian tetapi identiti mereka disembunyikan disebalik topeng yang dipakai. Selain rupa sebenar, suara nyayian juga diubah bagi mengelirukan juri meneka siapakah mereka yang berada di dalamnya.

Kemudian barisan penal juri tetap seramai 8 orang akan memberikan markah bagi setiap persembahan. 100% daripada juri. Peserta yang mendapat markah terendah akan disingkirkan pada setiap minggu. Paling dinantikan peserta yang tersingkir akan ditanggalkan topeng dan didedahkan identiti dipenghujung program.

Sebelum pendedahan dibuat, barisan juri perlu meneka siapakah artis disebalik topeng berdasarkan klu yang diberi menerusi klip video yang ditayangkan sebelum persembahan. Mungkin juga boleh teka berdasarkan jalan atau lenggok badan ketika membuat persembahan di atas pentas.

Setiap juri perlu meneka satu nama sebelum topeng dibuka dan juri yang meneka dengan betul paling banyak setiap minggu akan diberikan gelaran Juri Terbaik untuk musim ketiga ini.

Barisan 8 Panel Juri

Sepertinya The Masked Singer Malaysia 3 kali ini menampakkan barisan juri yang baru. Daripada 8, hanya seorang sahaja juri lama iaitu Ella. Manakala juri lain yang terlibat seperti Elly Mazlein, Zul Ariffin, Sharnaaz Ahmad, Shuib Sepahtu, Emma Maembong, Didie Alias dan Atu Zero.

Update : Misha Omar yang didedahkan identiti daripada Cik Mawas ketika minggu pertama merupakan juri kesembilan untuk musim terbaru. Bermula minggu kedua, juri kesemuanya ada 9 orang.

Barisan Peserta Dan Kostum

senarai peserta the masked singer malaysia 3 tahun 2022

Musim terbaru ini terdapat 15 kostum yang akan dipakai oleh 15 selebriti popular Malaysia yang terdiri daripada penyanyi, pelakon, pelawak, personaliti TV, atlet sukan, pempengaruh media sosial dan ramai lagi.

Mereka akan memakai kostum menarik dan unik iaitu Mawar Berduri, Kurita, Si Tangkis, Betta Fish, Lollipop, Bertih Jagung, Zirafah, Abg Burger, Mr Parrot, Manggis, Pizza Panas, Brokoli, Nyoq Muda, Dewi Angsa dan Si Mawas.

Program The Masked Singer Malaysia 3

Program The Masked Singer Malaysia 3 yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal ini akan berlangsung selama 11 minggu bermula 23 Disember 2022, setiap hari Jumaat pada jam 9.00 malam di saluran Astro Warna 107 atau boleh juga strim secara online di Astro Go.

Nak tengok selebriti mana disebalik topeng, boleh baca senarai dibawah:

Minggu 1

Peserta : Cik Mawas
Selebriti : Misha Omar (Merupakan juri ke-9)
Klu : Bunga Orkid simbolik kepada Liza Hanim, maksod The Masked Singer Malaysia 2, penyanyi Misha Omar.

Minggu 2

Peserta : Lollipop
Selebriti : Datuk Leong Mun Yee
Klu : Babak MIB terjatuh ke dalam air merupakan simbolik kepada kerjayanya dahulu iaitu sebagai atlet acara terjun.

Minggu 3

Peserta : Abang Burger
Selebriti : Dato' Malek Noor
Klu : Abang Burger menangis teresak-esak sampai terkena serangan asma merupakan simbolik kepada nama isteri beliau iaitu Dr. Wan Asma Wan Smail.

Minggu 4

Peserta : Kurita
Selebriti : Liza Abdullah
Klu : Gaya Kurita sebagai rapper melambangkan Liza Abdullah merupakan seorang yang petah bila berkata-kata dan suka bercakap dalam tempo yang laju

Minggu 5

Peserta : Manggis
Selebriti : Dato' Jalaluddin Hassan
Klu : Sukan badminton dan Anak-Anak Sidek merujuk kepada hobi beliau yang amat meminati sukan tersebut

Minggu 6

Peserta : Zirafah
Selebriti : Norman Hakim
Klu : Lokasi perhentian bas merupakan simbolik kepada satu ketika beliau pernah mendapat perhatian apabila beliau bersama keluarga besarnya pergi bercuti ke Terengganu dengan menaiki bas

Minggu 7

Peserta : Si Tangkis
Selebriti : Amsyar Lee
Klu : Adegan raket badminton besar memukul-mukul Si Tangkis bermaksud Amsyar Lee pernah mendapat pukulan hebat daripada warga maya, apabila beliau sering dikecam di media sosial

Minggu 8

Peserta : Mr Parrot
Selebriti : Ajai
Klu : Kenyataan Mr. Parrot tentang beliau tidak naik roller coaster adalah kerana Ajai gayat dengan ketinggian

Minggu 9 (Suku Akhir)

Peserta : Bertih Jagung
Selebriti : Zizi Kirana
Klu : Situasi belajar ABC, mengira 123 dan bermain doktor-doktor melambangkan beliau sering menjadi pengasuh anak kawan-kawannya

Minggu 10 (Separuh Akhir)

Peserta : Mawar Berduri
Selebriti : Idayu AF
Klu : Mawar Berduri mengatakan yang 'menyamar itu menjadi keparanku' merujuk kepada kemampuan beliau untuk meniru pelbagai suara penyanyi tempatan dan antarabangsa

Minggu 11 (Final)

Dewi Angsa, Pizza Panas, Beta Fish, Brokoli, Nyoq Muda

*akan dikemaskini setiap minggu

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post