Review Siri Alice In Borderland 2. Bermain Untuk Terus Hidup
Yang ditunggu-tunggu kini telah tiba. Lepas 2 tahun Alice In Borderland musim pertama ditayangkan, kini mereka kembali untuk musim kedua menerusi platform penstriman Netflix bermula 22 Disember 2022. Ditayangkan di seluruh dunia termasuk Malaysia.
Episod : 8
Genre : Survival, Thriller, Drama
Tayangan : Netflix
Penulis Skrip : Yosuko Kuramitsu & Shinsuke Sato
Pengarah : Shinsuke Sato
Produksi : Robot Communication Inc
🎥 Dapatkan Manga Alice In Borderland Karya Haro Aso Disini
Pelakon
Pelakon musim kedua ini dikekalkan seperti musim pertama yang mana antara pelakon utama ialah Nijiro Murakami, Ayaka Miyoshi, Dori Sakurada, Aya Asahina, Sho Aoyagi, Riisa Naka dan ramai lagi.
Sinopsis Alice In Borderland 2
Untuk musim kedua ini, ianya merupakan kesinambungan daripada Alice In Borderland 2022 dimana Arisu, Usagi, Kuina, Chishiya dan rakan-rakan lain perlu lagi mengharungi beberapa permainan bagi memperbahrui visa untuk teruskan hidup di dunia asing tersebut.
Jika sebelum ini, mereka mengharungi setiap game dalam kategori 'daun sat' yang mana pemain-pemain berjaya mengumpul kesemuanya dalam musim pertama. Kali ini mereka perlu bermain untuk kategori 'daun muka' pula menenang 'rakyat'.
Pelbagai permainan mereka mengharungi demi mencari jawapan sebenar adakah akhirnya jika menang kesemuanya, mereka akan boleh balik ke dunia asal. Atau mereka akan terus bermain sehingga ada yang kalah dan mati ditembak laser.
Review Siri Alice In Borderland 2
SPOILER ALERT
Inilah antara siri yang akn tunggu-tunggu daripada Netflix. Manakan tidak, untuk musim pertama, mereka memberikan impak kepuasan yang tinggi untuk Alice In Borderland sehingga pernah masuk Top 10 Worldwide di Netflix. Tambahan lagi, pada penghujung musim pertama ianya tergantung untuk musim baru.
Musim kedua lebih banyak fokuskan kepada watak Arisu, Usagi, Kuina dan Chishiya sahaja disamping watak-watak lain yang akhirnya muncul dipertengahan episod. Tapi pada awalnya, dieorang la yang menggerakkan cerita terutamanya mengharungi game yang pertama.
Jika sebelum ini, mereka akan bermain antara pemain sendiri. Tapi kali ini pemain akan menentang 'rakyat' yang sepertinya pemain sebelum ini kini menjadi tuan dan mencipta permainan sendiri. Mereka ini ada 9 kesemuanya iaitu Jek, Queen dan King untuk daun Clubs, Diamonds, Spades dan Hearts yang kesemua berasaskan bunga di Daun Terup (Poker).
BACA : Ulasan Ringkas Setiap Game Dimainkan Dalam Alice In Borderland 2
Peraturannya masih sama. Yang menang akan meneruskan kehidupan seperti biasa dan yang kalah akan dibunuh oleh laser termasuklah rakyat negara tersebut. Tapi dalam 9 game, hanya 4 sahaja permainan yang dimainkan sepenuhnya dan ditayangkan. Yang lain just ambil shot pendek sahaja. Dalam 4 game ini lah, watak utama ini perlu harungi dan pastinya semua menang la kan.
Jika buat perbandingan antara musim 1 dan 2, game kali ini lebih bermakna dan ada cerita disebaliknya. Kali ini setiap rakyat yang mengetuai permainan ada cerita tersendiri sebelum mereka sertai game yang gila tersebut. Kali ini lebih banyak flashback, lebih banyak dialog yang dilontarkan dan lebih beremosi. Tapi game yang dimainkan tetapi menarik untuk disaksikan bagi menyelesaikannya.
Sama seperti sebelumnya, jika Usagi yang bermain, pastinya game yang berkaitan dengan fizikal dan aksi. Manakala jika Chishiya yang bermain adalah dalam bentuk psikologi. Antara kedua watak ni, bagi aku paling best tengok game Chishiya yang mana kita pun perlu berfikir cara nak selesaikan masalah. Kedua-dua game yang disertainya, kedua-dua best dan ada makna disebaliknya. Tapi nak tengok Usagi berlari, panjat sana sini pun ada juga dalam musim kedua ni.
Sebab ianya adaptasi Manga, tidak lari daripada kekuatan watak utama yang mampu mengubah dunia dengan hanya memberi 'ceramah' sahaja. Tengok sahajalah Naruto macam mana nak ubah dunia dengan hanya kekuatan ucapan sahaja. Inilah berlaku untuk Alice In Borderland 2. Hanya melontarkan kata-kata semangat, banyak yang boleh diselesaikan terutamanya ketika berjumpa Queen Clubs untuk episod akhir.
Sama seperti musim pertama, kali ni pun ada adegan 18xs yang sepatutnya tak perlu pun letak. Tapi tuan pengarah Shinsuke Sato nak juga. Letak la juga. Ianya berlaku sepanjangn episod 2 dan episod 3. Tak sesuai la untuk tonton bersama ahli keluarga. Episod seterusnya semua clean dan kalau ada pun bunuh-bunuh je la. Tak sesuai untuk budak-budak.
Sebenarnya bagi aku untuk musim kedua, paling tunggu-tunggu selain daripada aksi permainan yang disajikan ialah kenapa mereka masuk dunia game dan bagaimana nak keluar daripadanya. Itulah juga hasrat Arisu sepanjang permainan. Kalahkan rakyat, tanya soalan, tapi tiada lagi jawapan. Ianya berterusan sehingga game terakhir.
Inilah bahagian paling best sepanjang 8 episod sebenarnya walaupun hanya sekadar berdialog sahaja. Game terakhir adalah game paling senang tetapi Arisu hampir tewas dah pun. Nasib baik Usagi tolong keluar daripada khayalan tersebut.
Disinilah penonton disajikan beberapa teori kenapa Arisu dan pemain-pemain lain dibawa ke dunia tersebut. Yes, sebelum kita tahu jawapan sebenar, sempat lagi dieorang main-main teori yang menyebabkan aku hampir percaya. Katanya, sebenarnya mereka datang dari masa hadapan, kemudian bagi tahun makhluk asing yang setup semua game ni. Lagi ada bagi tahu, ada sekumpulan manusia kaya yang setup game dan mereka berada di bawah tanah.
Tapi paling best, teori yang terakhir yang aku rasa betul dan logik dimana Queen Hearts bagi tahu sebenarnya Arisu berilusi dalam dunianya sendiri akibat menjadi gila selepas kawan-kawannya mati dalam kemalangan. Seolah-olah bagi tahu, game semua ni tak wujud dan hanya ada dalam minda Arisu yang gila tu je. Tapi sebenanrya ini semua trick Queen Hearts untuk mengalakan Arisu dalam game yang diciptanya sahaja.
Akhirnya berjaya menempelak dan mengalahkan Queen Hearts. Akhirnya secara rasmi Arisu, Usagi memenangi game terakhir disamping pemain-pemain lain yang masih hidup. Ingat kan dah habis, rupanya lepas itulah baru kita tahu kenapa semua pemain-pemain ni ada di dunia tersebut selepas mereka menjawab nak jadi warganegara tersebut atau tidak.
Sebenarnya kesemua pemain telah ditimpa bencana meteor yang jatuh di bumi Tokyo masa episod 1 musim pertama. Lepas kejadian tersebut, mereka yang berada di Shibuya mati selama 1 minit dan dalam tempoh inilah, mereka semua masuk ke alam 'barzakh' ataupun Borderland tersebut. Jika mereka benar-benar mati di dunia game, mereka memang mati didunia sebenar akibat hentakan meteor. Sebaliknya mereka yang berjaya survive di dunia game, mereka sedar kembali di dunia sebenar selepas 1 minit sahaja sebenarnya.
Selepas mereka sedar, mereka seolah-olah pernah kenal dengan pemain-pemain lain yang berjaya sedar itu juga walaupun hakikatnya mereka tak kenal antara satu sama lain di dunia sebenar. Arisu dan Usagi pun tidak mengenali antara satu sama lain selepas tu, walaupun dalam dunia game dieorang dah start bercinta kan.
Jika buat perbandingan, sebenarnya bagi aku Musim 1 lagi best daripada Musim 2 yang lebih mengfokuskan seni pada setiap permainan. Tapi disebabkan Musim 2 ni ending dia sumpah menarik, jadi Alice In Borderland 2 ni lagi best! Sebab ending best, seluruh cerita jadi best.
Kalau tengok babak akhir, kita ada nampak daun Joker pula. Sebenarnya adakah akan ada musim 3 pula lepas ni? Katanya ikut manga, lepas habis lawan Queen Hearts tu, dieorang lawan Joker pula. Tapi siri tv ni terus boleh balik ke dunia sebenar. Ada atau tidak, kita tunggu pengumuman Netflix nanti.
Rating Alice In Borderland 2 : 8.5/10
Post a Comment for "Review Siri Alice In Borderland 2. Bermain Untuk Terus Hidup"
Post a Comment