Senarai Juara Piala Dunia FIFA Sejak 1930

senarai juara piala dunia fifa sejak dari mula

Demam bola sepak pastinya sampai kemuncak apabila kejohanan bola berprestij di dunia iaitu Piala Dunia FIFA yang diadakan setiap 4 tahun sekali ini berlangsung. Tahun demi tahun bertukar, sudah semakin banyak pasukan yang memenagi dan berjaya menjulang trofi tersebut.

Mengikut sejarah, kejohanan tertinggi untuk sukan bola sepak ini telah bermula sejak tahun 1930. Walaubagaimanapun, ketika itu bukanlah namanya Piala Dunia FIFA tetapi Jules Rimet Trophy iaitu sempena nama Presiden Persatuan Bola Sepak ketika itu.

Nama ini digunakan bermula daripada edisi 1930 sehinggalah 1970 dan kemudiannya bermula tahun 1974 sehinggalah sekarang barulah digunakan nama FIFA World Cup atau Piala Dunia FIFA. Ini trofi piala dunia sebenar - disini.

Sekali pun kejohanan ini tidak menawarkan hadiah wang tunai, tetapi negara atau pasukan yang layak untuk bermain di peringkat ini pastinya menjadi kebangaan setiap orang negara tersebut lagi-lagi jika pemain itu sendiri mewakili negaranya.

Senarai Juara Piala Dunia Sejak 1930 Sehingga Sekarang

Sejak dari 1930, hanya 8 negara sahaja yang pernah menjulang trofi Piala Dunia ini iaitu Brazil (5 kali), Jerman (4 kali), Itali (4 kali), Argentina (3 kali), Uruguay (2 kali), Perancis (2 kali), Sepanyol (1 kali) dan England (1 kali).

Uruguay pula merupakan negara pertama memenagi kejohanan ini dibawah nama Jules Rimet dan Jerman Barat ketika itu memenanginya diatas nama Piala Dunia FIFA

  • 1930 - Uruguay
  • 1934 - Itali
  • 1938 - Itali
  • 1950 - Uruguay
  • 1954 - Jerman Barat
  • 1958 - Brazil
  • 1962 - Brazil
  • 1966 - England
  • 1970 - Brazil
  • 1974 - Jerman Barat
  • 1978 - Argentina
  • 1982 - Itali
  • 1986 - Argentina
  • 1990 - Jerman Barat
  • 1994 - Brazil
  • 1998 - Perancis
  • 2002 - Brazil
  • 2006 - Itali
  • 2010 - Sepanyol
  • 2014 - Jerman
  • 2018 - Perancis
  • 2022 - Argentina
  • 2026 - ???

Diharapkan selepas ini akan ada wakil daripada Asia yang menggenggam trofi Piala Dunia FIFA tersebut buat pertama kali. Asyik geng Eropah dan Amerika Selatan je kan.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post