Senarai 50 Juri All Together Now Malaysia 2 Tahun 2022

Senarai 50 Juri All Together Now Malaysia 2 Tahun 2022

All Together Now Malaysia (ATNM) telah memasuki musim kedua dimana akan temui penonton secara eksklusif bermula 11 Disember 2022 di saluran Astro Ria 104.

ATNM2 merupakan sebuah program nyanyian popular Malaysia yang diinspirasikan berdasarkan format asal All Together Now terbitan BBC One dari United Kingdom yang mula bersiaran sekitar tahun 2018 lagi.

Untuk musim pertama, Idris Brown telah dinobatkan sebagai Juara All Together Now Malaysia selepas berjaya mengalahkan 17 peserta akhir yang lain sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000.

Format Pertandingan All Together Now Malaysia

Jika dilihat dalam program nyanyian lain, selepas persembahan, para peserta akan dinilai oleh beberapa orang juri termasuk undian online. Tetapi berbeza dengan All Together Now Malaysia apabila para peserta akan dinilai dengan 50 orang juri setiap minggu.

Barisan juri ini pastinya adalah terdiri daripada pengiat seni dengan latarbelakang yang berbeza seperti penyanyi, pelakon, pelawak, pengacara, penyampai radio, pengacara tv dan pelbagai lagi.

Setiap episod, para peserta akan memberikan persembahan nyanyian terbaik dan pemarkahan adalah datang daripada juri sahaja. Jika kesemua 50 juri berpuas hati, bermakna peserta peroleh 100% markah. Jika hanya 25 juri yang berminat, hanya 50% markah dan seterusnya.

3 peserta yang mendapat markah tertinggi akan berada di atas podium sepanjang program berlangsung. Mereka akan membuat persembahan sekali lagi melalui pusingan Sing-Off dimana hanya 2 peserta sahaja yang berjaya ke peringkat akhir.

Senarai Juri All Together Now Malaysia 2

Dalam barisan juri akan ada seorang Kapten yang akan menjadi ketua kepada kesemua 49 lagi juri. Dia juga akan mengawal keadaan dan memilih jika ada peserta yang memperoleh markah yang sama. Manakala Sherry Al Hadad bertindak sebagai pengacara untuk program ini.

Senarai 50 Juri All Together Now Malaysia 2 Tahun 2022

Untuk musim pertama, Dato AC Mizal telah dilantik menjadi Kapten. Tapi untuk musim kedua, Datuk Syafinaz pula bakal menggalas tanggungjawab tersebut. Berikut merupakan senarai 50 juri All Together Now Malaysia 2 (ATNM2):

  1. Datuk Syafinaz Selamat (Kapten)
  2. Ajai
  3. Datuk Aznil Hj. Nawawi
  4. Ernie Zakri
  5. Elly Mazlein
  6. Reshmonu
  7. Jaclyn Victor
  8. Rozita Che Wan
  9. Khai Bahar
  10. Joey Daud
  11. Siti Nordiana
  12. Ifa Raziah
  13. Nikki Palikat
  14. Maryam
  15. Shila Amzah
  16. Yaya Zahir
  17. Tomok
  18. Sophia Liana
  19. Izzue Islam
  20. AG Coco
  21. Amir Masdi
  22. Aisha Retno
  23. Danial Chuer
  24. Catriana Ross
  25. Ayie Elham
  26. Ara Johari
  27. Liza Hanim
  28. Afeeq
  29. Bunga
  30. Soo Wincci
  31. Vince Chong
  32. Danial Zaini
  33. Hafiz Hamidun
  34. Kelly Azman
  35. Widy Hamzah
  36. Keanu Azman
  37. Falyq Hikyle
  38. Thanuja
  39. Suresh
  40. Hafida Samad
  41. Shashic
  42. Isha Norisham
  43. Sherry Ibrahim
  44. DJ Ram
  45. Ali Sariah
  46. Wany Hasrita
  47. Marsha Milan
  48. Adeline Tsen
  49. Sissy Imann
  50. Edrie Hashim

Waktu Bersiaran All Together Now Malaysia 2

All Together Now Malaysia 2 akan bersiaran selama 10 minggu mulai 11 Disember 2022, setiap hari Ahad pada pukul 9.00 Malam menerusi saluran Astro Ria 104 atau boleh juga strim secara On Demand dan Astro Go untuk waktu yang lebih fleksibel.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post