Senarai Pemenang BWF World Tour Finals 2022

Senarai Pemenang BWF World Tour Finals 2022

Kejohanan BWF World Tour Finals 2022 telah pun melabuhkan tirainya selepas 5 hari para pemain badmonton beraksi dalam kejohanan tersebut bermula 7 hingga 11 Disember 2022 bertempat di Nimibutr Arena Bangkok, Thailand

BACA : Jadual & Keputusan BWF World Tour Finals 2022

BWF WTF 2022 merupakan kejohanan penutup tirai bagi siri jelajah dunia yang tersenarai untuk tahun 2022 dimana hanya 8 pemain bagi setiap kategori yang telah mengumpul mata terbanyak dalam setiap kejohanan yang disertai sepanjang tahun ini.

Kejohanan ini juga menawarkan mata rangking disamping hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah USD1,500,000 (~RM6.5 Juta) dan juga mengejar gelaran juara dengan memawab pulang medal atau pingat emas kejohanan.

Jumlah Agihan Mata Ranking Dan Hadiah Wang Tunai

Berikut merupakan agihan mata (point) bagi setiap peringkat dalam kejohanan ini berdasarkan sistem mata BWF beserta agihan hadiah wang tunai.

Agihan Mata Rangking (Point)

  • Juara - 12,000
  • Naib Juara - 10,200
  • Separuh Akhir - 8,400
  • Tempat Ketiga Dalam Kumpulan - 7,500
  • Tempat Keempat Dalam Kumpulan - 6,600

Agihan Hadiah Wang Tunai

[Perseorangan]

  • Juara - $120,000
  • Naib Juara - $60,000
  • Separuh Akhir - $30,000
  • Tempat Ketiga Dalam Kumpulan - $16,500
  • Tempat Keempat Dalam Kumpulan - $9,000

[Beregu]

  • Juara - $126,000
  • Naib Juara - $60,000
  • Separuh Akhir - $30,000
  • Tempat Ketiga Dalam Kumpulan - $19,500
  • Tempat Keempat Dalam Kumpulan - $10,500

Senarai Pemenang Kejohanan BWF World Tour Finals 2022

Kejohanan kali ini menampilkan hanya 6 wakil Malaysia untuk 3 kategori sahaja iaitu beregu lelaki, wanita dan campuran. Tiada wakil untuk perseorangan lelaki dan wanita.

⏩ Dapatkan Barangan Victor X Lee Zii Jia - DISINI & DISINI

Walaupun begitu, kali ini Malaysia mempunyai 2 wakil yang layak melepasi peringkat kumpulan sekali gus melayakkan diri ke pusingan separuh akhir iaitu menerusi beregu lelaki dan beregu campuran. Berikut merupakan senarai pemenang BWF World Tour Finals 2022  untuk kesemua kategori iaitu bagi pingat emas, perak dan gangsa.

[Perseorangan Lelaki]

  • Emas - Viktor Axelsen (DEN)
  • Perak - Anthony Sin Ginting (INA)
  • Gangsa - Jonatan Christie (INA)
  • Gangsa - Kodai Noraoka (JPN)

[Perseorangan Wanita]

  • Emas - Akane Yamaguchi (JPN)
  • Perak - Tai Tzu Ying (TPE)
  • Gangsa - Chen Yu Fei (CHN)
  • Gangsa - He Bing Jio (CHN)

[Beregu Lelaki]

  • Emas - Liu Yu Chen/Ou Xuan Yi (CHN)
  • Perak - Mohammad Ahsan/Hendra Setiawan (INA)
  • Gangsa - Fajar Alfian/Muhammad Rian Ardianto (INA0
  • Gangsa - Ong Yew Sin/Teo Ee Yi (MA)

[Beregu Wanita]

  • Emas - Chen Qing Chen/Jia Yi Fan (CHN)
  • Perak - Benyapa Aimsaard/Nuntakarn Aimsaard (THA)
  • Gangsa - Jeong Na Eun/Kim Hye Jeong (KOR)
  • Gangsa - Zhang Shu Xian/Zheng Yu (CHN)

[Beregu Campuran]

  • Emas - Zheng Si Wei/Huang Ya Qiong (CHN)
  • Perak - Denchapol Puavaranukroh/Sapsiree Taerattanachai (THA)
  • Gangsa - Rinov Rivaldy/Pitha Haningtya Mentari (INA)
  • Gangsa - Tan Kian Meng/Lai Pei Jing (MAS)

Untuk dapatkan info lanjut bagi kejohanan BWF World Tour Finals 2022 atau mana-mana kejohanan BWF World Tour, anda boleh rujuk laman web rasmi di https://bwfworldtour.bwfbadminton.com/

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post