Jadual Perlawanan Suku Akhir Piala Dunia Qatar 2022

Jadual Perlawanan Suku Akhir Piala Dunia Qatar 2022

Kini sudah memasuki separuh perjalanan apabila berlangsungnya pusingan Suku Akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022 yang telah dijadualkan berlangsung bermula 9 hingga 11 Disember 2022 selepas berakhirnya pusingan ke-16.

Sebanyak 8 pasukan kini yang telah layak ke suku akhir apabila mengalahkan lawan masing-masing. Netherlands masih mengekalkan rentak kemenangan apabila mengalahkan USA dengan jaringan 3-1 sama seperti jumlah jaringan dalam perlawanan France bertemu Poland.

Nampaknya 3 wakil Asia iaitu Australia, Jepun dan Korea Selatan akhirnya akur kalah dengan pasukan masing-masing iaitu Argentina (2-1), Croatia (sepakan penalti 3-1) dan Brazil (4-1). England satu-satunya pasukan yang berjaya mengalahkan lawan, Senegal dengan jaringan dan tanpa bolos.

Kejutan berlaku apabila Morocco berjaya menumbangkan juara piala dunia 2010, Spain dalam penentuan sepakan penalti 3-0 selepas terikat tanpa jaringan selepas 120 minit. Portugal juga tampak garang berjaya membelasah Switzerland 6-1 yang mana kita dapat saksikan jaringan hatrik pertama dalam Piala Dunia 2022 kali ini.

Jadual Dan Keputusan Suku Akhir Piala Dunia Qatar 2022

Masih dalam peringkat kalah mati dimana pusingan suku akhir ini pemenang akan meneruskan cabaran ke separuh akhir. Jika tiada pemenang selepas tamat 90-minit, akan diteruskan ke tambahan masa sehinggalah ke sepakan penalti.

BACA : Jadual Penuh Piala Dunia FIFA Qatar 2022 Waktu Malaysia

Anda boleh saksikan perlawanan-perlawanan bagi pusingan Suku Akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022 yang akan bersiaran secara langsung dalam 2 waktu iaitu 11.00 malam dan 3.00 pagi waktu Malaysia menerusi saluran Astro dan RTM.

9 Disember 2022 (Jumaat)

AET : *Croatia (1) - (1) Brazil [Pen: 4-2]

  • Neymar 105+1'
  • Petkovic 117'

Masa : 11.00PM
Venue : Stadium Education City
Tayangan : TV2, TV Okey & Astro FWC 825
Live Streaming : Live 1 | Live 2

10 Disember 2022 (Sabtu)

AET : Netherlands (2) - (2) Argentina* [Pen: 3-4]

  • Nahuel Molina 35'
  • Lionel Messi 73' P
  • Wout Weghorst 83', 90+11'

Masa : 3.00AM
Venue : Stadium Lusail Iconic
Tayangan : Astro FWC 825
Live Streaming : Live 1 | Live 2

FT : *Morocco (1) - (0) Portugal

  • Youssef En-Nesyri 42'

Masa : 11.00PM
Venue : Stadium Al Thumama
Tayangan : Astro FWC 825
Live Streaming : Live 1 | Live 2

11 Disember 2022 (Ahad)

FT : England (1) - (2) France*

  • Tchouameni 17'
  • Harry Kane 54' (P)
  • Olivier Giroud 78'

Masa : 3.00AM
Venue : Stadium Al Bayt
Tayangan : Astro FWC 825
Live Streaming : Live 1 | Live 2

*Berjaya mara ke semi final

Jadual Perlawanan Suku Akhir Piala Dunia Qatar 2022

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post