Telefilem Abah Di TV1

Telefilem Abah Di TV1

Saksikan telefilem Abah yang akan menemui penonton pada 3 Disember 2022, bersiaran pada hari Sabtu, jam 10.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Telefilem yang diilhamkan daripada novel dengan tajuk yang sama "Abah" karya Tajul Zulkarnain merupakan terbitan Meridian Interest Sdn. Bhd., diarahkan oleh Isma Yusof dengan nukilan skrip bersama daripada Intan Zarina Mohd Yasin dan Suzana Ahmad.

Sinopsis Telefilem Abah

Telefilem Abah menampilkan barisan pelakon seperti Beto Kusyairy, Wan Hanafi Su, Fatimah Abu Bakar, Nadia Aqilah, Nadhir Nasar, Firdaus Karim, Sharifah Sofia, Syed Irfan dan ramai lagi.

  • Beto Kusyairi sebagai Radzi
  • Wan Hanafi Su sebagai Abah
  • Fatimah Abu Bakar sebagai Mardiah
  • Nadia Aqilah sebagai Nadrah
  • Nadhir Nasar sebagai Nukman
  • Firdaus Kareem sebagai Burhan

Tonton telefilem Abah online - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang seorang Abah yang sakit dan mengalami stroke ekoran sikap pentingkan diri anaknya, Angah yang mahukan geran tanah miliknya abahnya tersebut dipajak.

Disebabkan itu, adiknya iaitu Nukman memujuk Abangnya, Along untuk pulang ke kampung setelah lama merantau bagi membantu menyelesaikan masalah dan melihat Abahnya yang sakit.

Telefilem Abah Di TV1

Telefilem Abah Di TV1

Telefilem Abah Di TV1

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post