Telefilem Cermin Kasih Di TV9

Telefilem Cermin Kasih Di TV9

Saksikan telefilem Cermin Kasih yang akan menemui penonton pada 30 Disember 2022, bersiaran pada hari Jumaat, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di watch.tonton.com.my

Telefilem yang pernah tersenarai dalam drama terbaik Anugerah Skrin 2016 ini merupakan terbitan Arie Zaharie Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Murali Abdullah dengan penulisan skrip bersama daripada K. Adlie, Laqman AL-Jefri Tarikh dan Nor Syafinaz Samsudin.

Telefilem Cermin Kasih

Telefilem Cermin Kasih menampilkan barisan pelakon seperti Tiz Zaqyah, Shaheizy Sam, Fazlina Ahmad Daud, Raja Ilya, Ku Faridah, Zulkifli Ismail, Puteri Luvvna Willma, Nur Myra Damia, Arie Zaharie, Mia Kesuma dan ramai lagi.

  • Tiz Zaqyah sebagai Marina
  • Shaheizy Sam sebagai Amran
  • Fazlina Ahmad Daud sebagai Kak Rock
  • Raja Ilya sebagai Azlina
  • Ku Faridah sebagai Mak Jah
  • Zulkifli Ismail sebagai Hamdan

Tonton telefilem Cermin Kasih - DISINI | DISINI

Ianya mengisahkan tentang kehidupan Marina yang bertukar selepas dijodohkan bersama pemuda pilihan orang tuanya iaitu Amran. Hakikatnya, Amran adalah pengedar dadah. Marina dipaksa oleh Amran untuk terlibat sama dan akhirnya dia diberkas polis.

Amran pula meninggal dunia akibat ditembak polis. Melalui sisi gelap di penjara, Marina disahkan mengandung. Gangguan emosi melanda Marina dan akhirnya lahirlah Maryam.

Selaras dengan peraturan penjara, Maryam dipisahkan daripada Marina apabila menginjak 3 tahun. Maryam dipelihara oleh ibu bapa Marina iaitu Pak Hamdan dan Mak Jah. Mereka hanya dipertemukan di antara cermin kaca setiap kali melawat Marina di penjara.

Tiba hari pembebasan Marina. Dia pulang dan mendapati sekujur tubuh Maryam di atas katil menanti kepulangannya. Maryam meninggal dunia pada hari yang sama Marina dibebaskan. Namun, hajatnya untuk mengucup dahi anaknya tercapai sebelum Maryam pergi buat selamanya.

Telefilem Cermin Kasih Di TV9

Telefilem Cermin Kasih Di TV9

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post