Telefilem Esok Untuk Kita Di TV9

Telefilem Esok Untuk Kita Di TV9

Saksikan telefilem Esok Untuk Kita yang akan menemui penonton pada 23 Disember 2022, bersiaran semula pada hari Jumaat pada jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di watch.tonton.com.my

Telefilem yang merupakan idea daripada Adza Irdawati ini merupakan terbitan syarikat produksi Kembara Sufi Sdn. Bhd., diarahkan oleh Isma dengan nukilan skrip daripada Adza Emie.

Sinopsis Telefilem Esok Untuk Kita

Telefilem Esok Untuk Kita menampilkan barisan pelakon seperti Beto Kusyairy, Sara Ali, Uqasha Senrose, Sharul Kamal, Putri Qaseh, Rahisal Adanan, Zaibo, Raja Azmi dan ramai lagi.

  • Uqasha Senrose sebagai Zulia
  • Beto Kusyairy sebagai Hisyam
  • Sara Ali sebagai Khalisya
  • Sharul Kamal sebagai Yusoff
  • Putri Qaseh sebagai Naomi
  • Rahisal Adanan sebagai Khalid

Tonton telefilem Esok Untuk Kita online - Link 1 | Link 2 | Link 3

Ianya mengisahkan tentang Hisyam dan Zulia yang telah 7 tahun berumahtangga dan dikurniakan seorang cahayamata bernama Naomi. Alangkah terkejutnya mereka apabila Zulia didiagnos mengidap kanser stage 2.

Kini Zulia menyatakan "hasrat terakhirnya" supaya Hisyam memperisterikan Khalisya, sahabat baiknya. Demi menunaikan hasrat Zulia mereka berkahwin, dan Khalisya bersetuju untuk melakukan pembedahan bagi membuang kanser di ususnya.

Namun setelah selesai pembedahan itu Zulia tidak sedarkan diri dan berada di dalam koma. Beberapa bulan berlalu, Hisyam dan Khalisya telah berputik rasa cinta, tetapi mereka tidak sekali kali melupakan Zulia yang terlantar koma di hospital.

Dan dengan kuasa dan keajaiban dari Allah akhirnya Zulia tersedar dari koma dan bebas kanser. Hisyam, Khalisya dan Naomi gembira mendengar berita itu tetapi bukan Zulia. Zulia kini berhadapan dengan realiti untuk hidup bermadu bersama rakan baiknya sendiri.

Telefilem Esok Untuk Kita Di TV9

Telefilem Esok Untuk Kita Di TV9

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post