Telefilem Rindu Atok Di Awesome TV

Telefilem Rindu Atok Di Awesome TV

Saksikan telefilem Rindu Atok yang akan menemui penonton pada 11 Disember 2022, bersiaran pada hari Ahad, jam 9.30 malam menerusi slot Ohsem Tele di Awesome TV saluran Astro 123 dan Myfreeview 112 serta strim secara online di https://awesometv.my/

Telefilem ini diterbitkan oleh syarikat produksi Red Bean Productions Sdn. Bhd., diarahkan oleh Sabri Yunus dengan nukilan skrip bersama Sabri Yunus dan Aloy Paradoks.

Sinopsis Telefilem Rindu Atok

Telefilem Rindu Atok menampilkan barisan pelakon seperti Sabri Yunus, Kamarul Eqifshah, Ammar Titan, Jay Nazif, Azar Zami, Issey Fazlisham, Nen Tebabo, Nen Tebabo, Pak Tam, Angeline Tan dan ramai lagi.

  • Sabri Yunus sebagai Atuk Harun
  • Kamarul Eqifshah sebagai Pian
  • Ammar Titan sebagai Leman
  • Jay Nazif sebagai Amar
  • Azar Azmi sebagai Zaharah
  • Issey Fazlisham sebagai Harun muda
  • Angeline Tan sebagai Ah Kin

Tonton telefilem Rindu Atok online - Link 1 | Link 2

Kisahnya bermula apabila seorang kanak-kanak lelaki bernama Pian menemani datuknya, Atuk Harun yang telah kematian isteri tinggal di kampung.

Beliau merupakan seorang kanak-kanak yang nakal dan telah menjumpai sebuah peti lama yang mengandungi surat-surat cinta dan barang-barang kepunyaan datuknya.

Dia berhasrat untuk mencari teman wanita datuknya kerana dia mendapat tahu surat tersebut bukan ditujukan kepada arwah neneknya. Beliau bersama-sama dengan seorang rakan telah menemu bual beberapa orang nenek di kampung tersebut untuk mencari maklumat.

Akhirnya dia berjaya menjejaki nenek yang merupakan teman wanita dan cinta pertama datuknya di sebuah rumah kebajikan warga emas. Beliau telah berjaya menemukan semula datuknya dengan wanita tersebut.

Telefilem Rindu Atok Di Awesome TV

Telefilem Rindu Atok Di Awesome TV

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post