Telefilem Syurga Di Hati Rahmah Di TV1

Telefilem Syurga Di Hati Rahmah Di TV1

Saksikan telefilem Syurga Di Hati Rahmah yang akan menemui penonton di malam tahun baru, 31 Disember 2022, hari Sabtu pada jam 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Telefilem ini merupakan penerbitan syarikat produksi Nusantara Seni Karya Productions, diarahkan oleh Wan Mohd Hafiz dengan nukilan skrip daripada Zarihah Hassan.

Sinopsis Telefilem Syurga Di Hati Rahmah

Telefilem Syurga Di Hati Rahmah menampilkan barisan pelakon seperti Azrel Ismail, Husna Mustaffa, Sheila Mambo, Hakim Nordin, Faizul Syaharin, Raden Zaharatul, Farah Wahida, Farisya Zul, Nik Ramly, Nizam Kama, Shamsul Arifin dan ramai lagi.

Ianya mengisahkan tentang Mursyid telah dikahwinkan dengan gadis cantik dikenali sebagai Rahmah. Namun hakikatnya perkhwinan tersebut boleh dikatakan sebagai kahwin paksa kerana berlangsung atas pilihan ibu Mursyid semata-mata.

Tonton telefilem Syurga Di Hati Rahmah - DISINI | DISINI

Mursyid cuba membalas dendam dalam diam terhadap tindakan ibunya itu. Dia tidak melayan Rahmah sebagai isterinya dengan baik. Rahmah terus diabaikan dan dia mengetepikan hak Rahmah sebagai seorang isteri yang memerlukan perhatian seorang suami.

Sebaliknya masa yang ada digunakan oleh Mursyid untuk keluar bersiar-siar dan berseronok bersama kekasihnya, Natasya.

Kemuncaknya hinggalah sewaktu Rahmah mengandung, Mursyid langsung tidak mempedulikan isterinya itu. Hingga berlaku kejadian malangnya yang menyebabkan sesuatu berlaku kepada Rahmah.

Namun apakah kekesalan dan keinsafan masih berguna pada diri Mursyid? Dapatkah dia mengembalikan nyawa si ibu kepada anak yang tidak berdosa yang memerlukan perhatian daripada seorang ibu?

Telefilem Syurga Di Hati Rahmah Di TV1

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post