Telefilem Walimatul Tak Urus Di Awesome TV

Telefilem Walimatul Tak Urus Di Awesome TV

Saksikan telefilem Walimatul Tak Urus yang akan menemui penonton pada 4 Disember 2022, bersiaran pada hari Ahad jam 9.30 malam menerusi slot Ohsem Tele di Awesome TV saluran Astro 123 dan Myfreeview 112.

Telefilem dengan genre roadtrip comedy ini merupakan terbitan syarikat produksi Hzkutif Sdn. Bhd., diarahkan oleh Esham Shahlin dengan nukilan skrip daripada Syakireen Akhlakkeen.

Sinopsis Telefilem Walimatul Tak Urus

Telefilem Walimatul Tak Urus menampilkan barisan pelakon seperti Luqman Hafidz, Isyariana, Nina Fazurina, Shamsul Ghau Ghau, Qazem Nor, Syed Ali, Taiyudin Bakar, Kismah Johar, Zazo Maulana, Saiful Ghaz, Suriyani Hj Osman dan ramai lagi.

  • Luqman Hafidz sebagai Shah
  • Isyariana sebagai Mira
  • Shamsul Ghau Ghau sebagai Pak Kassim
  • Nina Fazurina sebagai Ziana
  • Kismah Johar sebagai Mak Limah
  • Qazem Nor sebagai Zarul

Tonton telefilem Walimatul Tak Urus online - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang Shah yang nekad mahu kahwin lari bersama Mira ini berikutan apabila Mira telah dipaksa berkahwin dengan bukan pilihan hatinya oleh bapanya sendiri iaitu Pak Kassim.

Shah telah merancang, dan melarikan Mira ketika majlis akad nikah yang hampir berlangsung. Dalam masa yang sama pula, Shah telah dikejar oleh geng penarik kereta, kerana kereta yang dipinjam daripada rakannya, sudah empat bulan tidak dibayar.

Dalam masa yang sama, abang dan kakak ipar Mira turut mengejar mereka. Semasa dalam perjalanan, Shah dan Mira telah berkenalan dan menumpangkan Mak Limah yang melambatkan perjalanan mereka.

Pelbagai peristiwa lucu berlaku semasa aksi kejar mengejar antara mereka. Adakah pada akhirnya Mira dapat berkahwin dengan pilihan hatinya sendiri, Shah?

Telefilem Walimatul Tak Urus Di Awesome TV

Telefilem Walimatul Tak Urus Di Awesome TV

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post