Apa Beza Kad Visa Touch N Go Dan Kad TNG Biasa?

Apa Beza Kad Visa TNG Dan Kad TNG Biasa?

Pihak Touch 'N Go baru mengumumkan secara rasmi kad fizikal terbaru iaitu Kad Visa Prabayar Touch 'n Go atau nama singkatannya kad GOVisa. Kini anda boleh beli terus melalui aplikasi TnG eWallet dengan harga RM5.00 sahaja.

Jadi setakat ini, Touch 'n Go sudah ada 2 jenis kad iaitu Kad Visa dan Kad Touch 'n Go biasa. Tapi kad TNG biasa tu pun ada 2 jenis kan iaitu kad biasa dan kad nfc. Secara asasnya ada 2 jenis je la. Jadi apa bezanya kedua-dua kad tersebut?

Kad GOVisa

Pada asasnya, reka bentuk kedua-dua kad ini ada sedikit berbeza. Pada kad GOVisa ada cip dan ditulis VISA. Kad ini juga, boleh dibeli terus melalui aplikasi TNG eWallet tanpa perlu pergi ke Lazada. Baki kad adalah sama seperti dalam akaun TNG eWallet anda.

beza kad baru visa prabayar touch n go

Selain itu, kad Visa TNG ini boleh digunakan di seluruh dunia dan secara online sertai dimana sahaja kad Visa diterima melalui pembayaran terminal seperti di kedai-kedai fizikal. Tetapi ianya tidak boleh digunakan untuk bayaran tol dan pengangkutan awam.

Kad Touch 'n Go Biasa

Pada reka bentuknya hanya tertulis Touch 'n Go sahaja (tiada Visa). Manakala untuk kad baru nfc, ada boleh nfc dan tiada pada kad biasa. Kad ini hanya boleh digunakan pada terminal Touch 'n Go yang dipilih seperti untuk bayaran tol, pengangkutan awam dan parking.

beza kad baru visa prabayar touch n go

Baki kad berasingan dengan baki TNG eWallet anda. Kad ini boleh dibeli secara online di eShop Lazada, kiosk petrol terpilih dan mana-mana penjual semula.

Kad Mana Yang Anda Perlu Beli?

Jadi daripada kedua-dua jenis kad ini, kad mana yang anda perlu beli untuk kegunaan harian? Mana yang lebih berbaloi? Adakah kad GOVisa atau kad TNG.

Pada aku yang paling berbaloi anda beli adalah Kad Baru NFC TNG dan bukannya kad GOVisa ni. Kerana GOVisa tidak boleh digunakan untuk bayaran tol dan pengangkutan awam.

BACA : Cara Beli Kad Visa Prabayar Touch n' Go Baru Melalui Aplikasi TNG eWallet

Kad GOVisa ini secara asasnya sama seperti kad BigPay dan Wise anda. Anda perlu ada baki untuk menggunakannya. Anda boleh buat bayaran di kedai-kedai fizikal. Boleh guna secara online. Boleh digunakan di seluruh dunia. Boleh juga keluarkan duit di mesin ATM. Boleh kawal penggunaa pada bila-bila masa sahaja.

Jadi buat apa anda perlukan dua kad yang mempunyai fungsi yang hampir sama. Melainkan kad GOVisa ni boleh digunakan pada tol dan pengangkutan awam, itu lah yang terbaik. Tetapi tidak. Selain itu, ada caj tahunan sebanyak RM8.00 dikenakan pada kad GOVisa tau.

Untuk info lanjut, boleh baca di portal FAQ Touch N Go

Tapi aku beli la juga, buat raso-raso. Lima hinggit je kan...

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post