Cara Guna ChatGPT. AI Yang Mampu Menjawab Segala Persoalan Anda

Cara Guna ChatGPT AI Jawab Semua Soalan Anda

Sekarang sepertinya sudah ramai pengguna internet sedar akan sebuah platform yang bernama ChatGPT. Dikatakana mampu menjawab segala persoalan yang ditanya tanpa perlu anda google. Dalam bahasa Melayu pun boleh tau.

Pada asasnya, ChatGPT yang dihasilkan oleh OpenAi ini adalah chatbox yang diperkasakan dengan program AI dimana mampu menghasilkan dan memberi jawapan kepada apa-apa sahaja soalan berkaitan fakta, cerita dan sebagainya sehinggakan nak suruh buat tulis surat mohon kerja pun boleh.

Walaubagaimanapun, segala jawapan yang dikeluarkan kadang kala anda perlu semak juga terlebih dahulu. Kadang kala ada yang tepat dan betul dan ada juga salah. Kerana yang menjawabnya adalah robot dan bukan manusian.

Nampak menarik kan? Jadi macam mana nak guna?

Cara Guna ChatGPT Dengan Mudah

Program ChatGPT ini boleh digunakan oleh semua orang secara percuma. Anda hanya perlu mendaftar menggunakan emel terlebih dahulu dan boleh gunakannya seperti biasa selepas itu.

1.  Pergi ke laman web ChatGPT di https://chat.openai.com/

2.  Kemudian daftar akaun dengan masukkan alamat emel dan klik 'Continue'. Jika sudah ada akaun, anda boleh terus untuk Login seperti biasa.

Cara Guna ChatGPT

3.  Masukkan nama dan kemudian anda perlu verify menggunakan nombor telefon anda. Masukkan kod yang dihantar

Cara Guna ChatGPT

4.  Klik 'Next' dan anda boleh menggunakan ChatGPT sepenuhnya

5.  Untuk mula bertanya, anda hanya masukkan soalan dalam kotak yang disediakan pada bahagian bawah skrin dan klik butang 'hantar'

Cara Guna ChatGPT

6.  Akan ada robot yang akan menjawab persoalan anda tersebut

Cara Guna ChatGPT

Anda boleh ulang dan tanya apa-apa soalan selepas itu sama ada dalam English atau Bahasa Melayu. Adalah sebaiknya menggunakan tatabahasa dan ejaan penuh supaya AI lebih mudah untuk memahami.

Sepertinya jawapan yang dikeluarkan adalah terhad sehingga tahun 2021 sahaja. Setakat ini untuk jawapan yang dalam tempoh masa selepas tahun tersebut sehingga 2023 terkini, jawapannya pasti tidak tepat.

Selain daripada menggunakan laman web, anda juga boleh menggunakan ChatGPT di aplikasi smatrphone dengan download GPT Chat AI di Play Store

Bagi yang sudah mencubanya, adakah jawapan AI tersebut tepat? Adakah pada masa akan datang, AI seperti ini akan menggantikan tempat kita?

1/Post a Comment/Comments

  1. sy dah pernah cuba... sgat membantu nak jana idea.. even boleh buat copywriting melalui chatgpt.. utk jana idea blog sy kdg guna chatgpt

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post