Cara Transfer Duit Maybank Ke Tabung Haji Secara Online

Cara Transfer Duit Ke Tabung Haji Secara Online

Kini telah disediakan beberapa cara untuk pendeposit Tabung Haji untuk deposit, masukkan duit atau transfer ke akaun Tabung Haji sendiri. Selain daripada pergi ke kaunter, anda boleh buat secara online sahaja.

Cara yang ditunjukkan ini khusus untuk pengguna Maybank sahaja dimana anda boleh transfer terus dari akaun Maybank ke akaun Tabung Haji dengan menggunakan laman web Maybank2u. Setakat ini tiadak ciri ini ditawarkan untuk aplikasi Maybank, MAE.

Walaupun begitu, pastikan terlebih dahulu anda sudah sambungkan atau link akaun TH anda bersama akaun Maybank. Untuk berbuat demikian, anda perlulah pergi ke mana-mana mesin ATM Maybank dan ikut arahan yang dipaparkan seperti dalam panduan ini.

Cara Transfer Duit Ke Tabung Haji Secara Online Menggunakan Maybank2u

Jika sudah disambungkan, barulah anda boleh buat simpan atau keluarkan duit terus dari akaun Tabung Haji ke akaun Maybank secara online.

  1. Buka laman web Maybank2u di www.maybank2u.com.my dan login seperti biasa menggunakan username dan password
  2. Kemudian pergi pada tab 'Pay & Transfer' dan pilih 'Tabung Haji'
  3. Pada 'Transfer From' pilih akaun Maybank anda dan pada 'Transfer To' pilih Own Tabung Haji. Anda juga boleh transfer ke akaun TH yang lain dengan pilih Other
  4. Klik pada akaun TH anda
  5. Kemudian masukkan jumlah yang anda ingin transfer beserta reference. Akhir sekali klik butang 'Transfer' dan buar pemindahan seperti biasa hingga selesai

Tutorial bergambar

1)  Login akaun di Maybank2u anda

2) Kemudian pilih tab 'Pay & Transfer' > Tabung Haji. Pada transfer from pilih akaun maybank anda dan transfer to pilih akaun tabung haji anda. Akhir sekali klik pada akaun Tabung Haji

Cara transfer duit dari maybank ke tabung haji

3)  Masukkan jumlah duit yang anda ingin transfer. Akhir sekali klik 'Transfer'

Cara transfer duit dari maybank ke tabung haji

4)  Buat bayaran seperti biasa sehingga selesai...

Anda perlu tahu, cara pemindahan atau transfer direct daripada Maybank seperti ini akan dikenakan caj RM1.00 bagi setiap kali transaksi dan sekiranya anda ingin elak untuk dikenakan caj tambahan, anda boleh mengggunakan kaedah JomPay.

Tempoh transaksi pemindahan duit daripada Maybank akan terus masuk ke akaun Tabung Haji anda pada hari yang sama. Jangan risau.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post