Dokumen Diperlukan Jika Jadi Wakil Penerima STR Fasa 1 2023 Di BSN

Dokumen Diperlukan Jika Jadi Wakil Penerima STR Fasa 1 2023 Di BSN

Terdapat dua cara pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 untuk tahun 2023 ini iaitu secara terus dikreditkan kepada akan bank atau tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang boleh dibuat mulai 17 Januari 2023.

Tapi macam mana jika ada ahli keluarga yang sakit dan tidak mampu untuk datang ke cawangan BSN untuk tuntut tunai tersebut? Dalam masa yang sama, dia juga tidak mempunyai akaun bank untuk dikreditkan secara terus.

Daripada jawapan FAQ untuk pembayaran Fasa 1 STR 2023 ini, penerima boleh mewakilkan orang lain tetapi perlu bawa dan kemukakan dokumen seperti yang disenaraikan dibawah:

Dokumen yang perlu dikemukakan oleh waris yang didaftarkan adalah seperti berikut:

1)  Kad pengenalan penerima (asal atau salinan)

2)  Kad pengenalan waris (asal) dan

3)  Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan waris seperti dibawah:

  • Pasangan : Sijil perkahwinan atau sijil lahir anak
  • Ibu/Bapa : Sijil kelahiran penerima
  • Anak : Sijil kelahiran waris
  • Anak Angkat : Sijil anak angkat yang dikeluarkan oleh JPN atau pengesahan agensi kerajaan/mahkamah/JKM
  • Anak Tiri : Sijil lahir waris (anak tiri) dan sijil perkahwinan ibu/bapa tiri
  • Adik Beradik : Sijil kelahiran penerima dan sijil kelahiran waris
  • Cucu : Sijil kalahiran waris (cucu) dan sijil kelahiran ibu/bapa kepada waris
4)  Dokumen tambahan mengikut situasi penerima yang tidak dapat hadir untuk penuian:

  • Surat pengesahan daripada penjara/pusat serenti (jika penerima berada di penjara atau pusat serenti) atau tempoh masa surat pengesahan yang terdapat paparan tarikh masuk dan keluar penjara atau surat pengesahan penjara yang dikeluarkan mesti bertarikh tahun semasa (tahun 2023)
  • Surat pengesahan majikan dan tarikh mula dan tamat bertugas penerima yang menunjukkan bukti penerima berada di luar negara
  • Surat pengesahan hospital jika penerima menerima rawatan di hospital
  • Sura pengesahan yang menunjukkan penerima uzur atau tidak berdaya untuk bergerak
  • Kad Orang Kurang Upaya (OKU)

Kesemua persoalan dan jawapan untuk soalan lazim berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), anda boleh dapatkan di portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post