Filem Duan Nago Bogho Di Pawagam Mulai 19 Januari Ini

Filem Duan Nago Bogho Di Pawagam

Saksikan filem tempatan Duan Nago Bogho yang akan menemui penonton, dimana akan ditayangkan serentak di pawagam seluruh Malaysia mulai 19 Januari 2023 (Khamis). Jangan terlepas untuk menjadi penonton terawal untuk menyaksikannya.

🎫 Dapatkan tiket wayang murah - disini

Filem aksi yang mengangkat perjuangan maruah seni Mak Yong ini merupakan terbitan syarikat produksi Kalamariff Holdings Sdn. Bhd.dan diarahkan oleh pengarah yang tidak asing lagi Sabri Yunus yang juga merangkap sebagai penulis skrip untuk cerita ini..

Sinopsis Filem Duan Nago Bogho

Filem Duan Nago Bogho menampilkan barisan pelakon ternama seperti Asrul Faizal, Jojo Goh, Saidi Sabri, Sabri Yunus, Datuk Rosyam Nor, Aye Hushairi, Angeline Tan, Jason Chong, Sangeeta Krishnasamy, Issey Fazlisham, Pokku Redang dan ramai lagi.

  • Asrul Faizal sebagai Duan
  • Jojo Goh sebagai Nancy
  • Saidi Sabri sebagai Awi
  • Sabri Yunus sebagai Pok Su Ki
  • Datuk Rosyam Nor sebagai Fendi BB
  • Aye Hushairi sebagai Nulik
  • Angeline Tan sebagai Nynya Ang
  • Sangeeta Krishnasamy sebagai Salmi
  • Issey Fazlisham sebagai Din JKKN (Peran Muda)

Ianya berkisarkan tentang kisah seorang anak seni tradisional Kelantan Mak Yong bernama Duan yang juga pemain peran Mak Yong yang mempunyai dua personaliti. Dia yang mencintai seni tradisional juga dalam masa yang sama sangat suka bergaduh.

Kisahnya bermula apabila Duan diminta oleh ayahnya meninggalkan kampung dan mencari kerja lain susulan daripada pergaduhan yang tercetus antara dia dan penonton Mak Yong yang menggangu sewaktu dia sedang membuat persembahan.

Duan membuat keputusan untuk ke Kuala Lumpur selepas diajak oleh rakannya bernama Awi untuk tinggal bersamanya. Awi memberitahu Kuala Lumpur memberikan peluang yang lebih luas dalam bidang seni, termasuklah Mak Yong. Awi adalah pekerja seni yang cuba membawa seni Kelantan ke arah yang lebih luas dan maju.

Selain itu, tugas Duan adalah untuk membantu Nancy, anak kepada Jimmy Ang iaitu seorang lelaki cina keturunan Kelantan sehingga membawa konflik dalam hidup Duan. 

Filem Duan Nago Bogho Di Pawagam

Filem Duan Nago Bogho Di Pawagam

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post