Filem Eva Di Pawagam Mulai 26 Januari Ini

Filem Eva Di Pawagam Mulai 26 Januari Ini

Saksikan filem Eva - Take Me As I Am yang akan menemui penonton, dimana akan ditayangkan serentak di pawagam seluruh Malaysia mulai 26 Januari 2023 (Khamis). Jangan terlepas untuk menjadi penonton terawal untuk menyaksikannya.

🎫 Dapatkan tiket wayang murah - disini

Filem tempatan dengan genre psycho-thriller diterbitkan oleh syarikat produksi D'Alpha Legacy Sdn. Bhd., diarahkan oleh pengarah wanita Suhaiza Aziz dengan nukilan skrip daripada Diyana Ismail.

Sinopsis Filem Eva

Filem Eva menampilkan barisan pelakon seperti Nadia Aqilah, Nadia Brian, Shamsul Danish, Ako Mustapha, Mimi Ernida, Shazia Ruzaini, Azrel Ismail, Esma Daniel, Marissa Yasmin, Jay Iswazir, Aleeza Kassim, Mustaqim Bahadon, Zain Hamid, Datuk Jalaluddin Hassan, Tony Eusoff, Norman Hakim dan ramai lagi.

Ianya mengisahkan tentang bagaimana seorang peguam bernama Eva berhadapan dengan masalah kesihatan mental DID atau Dissociative Identity Disorder.

Eva membawa tiga personaliti berbeza di dalam tubuhnya iaitu seorang peguam (Eva), seorang gadis manja bernama Amy dan seorang lelaki ganas dan garang bernama Mike.

Eva, sebagai pemilik tubuh terpaksa berhadapan dengan perubahan yang berbeza-beza akibat daripada trauma yang dialami sejak dia masih kanak-kanak. Eva mempunyai seorang anak lelaki yang cuba memahami keadaannya dan kakaknya, Elly, sentiasa berada di sisinya.

Dalam  kekeliruan dirinya itu, Eva berjaya menjadi seorang peguam. Namun, itu tidak merubah dirinya  menjadi manusia normal. Keadaan dirinya terus bertukar-tukar menjadi Amy, seorang pakar forensik dan Mike pula pembunuh.

Filem Eva Di Pawagam Mulai 26 Januari Ini

Filem Eva Di Pawagam Mulai 26 Januari Ini

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post