Filem Harum Malam Di Pawagam Mulai 9 Februari Ini

Filem Harum Malam Di Pawagam Mulai 9 Februari Ini

Saksikan filem Harum Malam yang akan menemui penonton, dimana akan ditayangkan serentak di pawagam seluruh Malaysia mulai 9 Februari 2023 (Khamis). Jangan terlepas untuk menjadi penonton terawal untuk menyaksikannya di pawagam.

Filem yang bergenre seram ini merupakan terbitan Apparat dengan kerjasama D'Ayu Picres dan Skop Productions sertai diarahkan oleh Dain Said yang merupakan seorang pengarah pengarah tersohor tanah air.

Sinopsis Filem Harum Malam

Filem Harum Malam menampilkan barisan pelakon seperti Bront Palarae, Remu Ishak, Nadiya Nisaa, Nabila Huda, Amanda Ang, Joey Daud, Faizal Hussein, Idan Aedan, Arnie Shasha, Angelica Petra dan ramai lagi.

Ianya mengisahkan tentang pergelutan hidup iqbal iaitu seorang remaja dan pelatih perubatan tradisional yang mampu melihat makhluk yang ghaib pada mata kasar manusia.

Keupayaan luar biasa ini mengakibatkan Iqbal sering diganggu makhluk dan ancaman dari dunia alam ghaib sehingga sukar untuk Iqbal membezakan antara realiti dan ghaib.

Satu peristiwa telah menyebabkan rakan-rakan dan keluarga Iqbal terdedah dengan makhluk ghaib yang amat berbahaya. Tanpa mempunyai pilihan, Iqbal terpaksa menggunakan kebolehan istimewa ini untuk melawan makhluk tersebut.

Filem Harum Malam Di Pawagam Mulai 9 Februari Ini

Filem Harum Malam Di Pawagam Mulai 9 Februari Ini

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post