Sinopsis Dan Filem Mentega Terbang Di Viu Mulai 19 Januari Ini

Filem Mentega Terbang Di Viu

Saksikan filem indie berjudul Mentega Terbang yang pertama akan ditayangkan bermula 19 Januari 2023 (Khamis) dan seterusnya menerusi platform penstriman Viu di www.viu.com atau aplikasi mobile. Boleh ditonton secara percuma.

Filem ini telah ditayangkan secara 'underground' sejak 2021 ini merupakan terbitan syarikat produksi Anomalist Production bersama Meng Kheng Entertainment, diarahkan oleh Khairi Anwar dengan nukilan skrip daripada Khairul Anwar, Arjun Thnaraju, Visshnu Varman dan Ti Teng-Hui.

Sinopsis Filem Mentega Terbang

Filem Mentega Terbang menampilkan barisan pelakon seperti Syumaila Salihin, Arjun Thanaraju, Firdaus Karim, Nik Waheeda, Khairunazwan Rodzy, Shyamala Kandapper, Jsebel Lee dan ramai lagi.

  • Syumaila Salihin sebagai Aisyah
  • Arjun Thanaraju sebagai Suresh
  • Firdaus Karim sebagai Abah/Jailani
  • Nik Waheeda sebagai Mama/Jamhariah

Tonton filem Mentega Terbang online - DISINI | DISINI | DISINI

Ianya mengisahkan tentang Aisyah yang diduga dengan ibunya yang sakit akibat kanser dan bila-bila masa sahaja boleh dijemput kematian. Manakala Abahnya yang liberal dan bersikap terbuka dengan apa sahaja persoalan.

Aisyah mempunya persoalan yang besar bermain di fikirannya iaitu mengenai kehidupan selepas mati. Adakah wujud hidup selepas mati? Jika wujud, bagaimanakah keadaanya? Bagaimana rupanya syurga dan neraka? Pelbagai lagi persoalan yang timbul ketika itu.

Bagi menjawab persoalan tersebut, dia mula mengembara ke satu agama ke agama yang lain. Dari Kristian ke Judaism dan kemudian ke agama Hindu. Dari situlah, dia bertemu Uncle Kasim, Suresh, Auntie Esther dan Milo.

Tetapi pada akhir pengembaraannya, adakah Aisyah dapat jawapan yang dicari?

Kemaskini terbaru

Filem ini telah ditarik balik daripada tayangan di VIU berikutan kontroversi berlaku. Harap maklum!

Filem Mentega Terbang Di Viu

Filem Mentega Terbang Di Viu

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post