Anda Boleh 'Free Trial' SPOTV Selama 2 Minggu

Anda Boleh 'Free Trial' SPOTV Selama 2 Minggu

SPOTV memulakan tahun baru dengan membawakan yang terbaik dari sukan dan hiburan dan menawarkan peminat sukan dua minggu konten premium secara percuma di aplikasi strimingnya, SPOTV NOW apabila mereka mendaftar dari 16-29 Januari 2023.

*Jika anda mendaftar pada hari terakhir, 29 Januari 2023, hari terakhir percubaan adalah pada 11 Februari 2023

Percubaan percuma akan membenarkan pelanggan biasa untuk menikmati konten premium seperti konten secara langsung on demand dan strim secara langsung Formula E, termasuk memonton kontent on-demand dimana-mana dan pada bila-bila masa.

Antara acara sukan yang akan berlangsung pada Januari yang boleh disaksikan secara percuma dengan 'free trial' adalah perlumbaan Formula E World Championshops di Diriyah, Arab Saudi dan Hyderabad, India.

Selain itu, boleh juga terus strim All Elite Wrestling (AEW). Siaran AEW dapat ditonton setiap Khamis, 6 petang (Dynamite) dan setiap Sabtu jam 6 petang (Rampage).

Harga Langgana Bulanan SPOTV

Para pelanggan kemudian boleh memilih untuk melanggan akaun premium selepas tapat percubaan percuma pada harga hanya RM8.90/sebulan.

SPOTV komited dalam memperkenalkan era baharu dalam hiburan sukan dengan membawa penonton lebih dekat kepada acara sukan terhebat dunia, bukan sahaja di kaca TV, tetapi juga melalui aplikasi SPOTV NOW di Play Store atau App Store.

Selain itu juga, tersedia kandungan belakang tabir serta liputan di lokasi di laman media sosial @SPOTVMY di YouTube, Facebook, Instagram, TikTok and Twitter.

SPOTV NOW boleh didapati di Malaysia, Hong Kong, Indonesia, Filipina, dan Singapura di Google Play Store dan App Store. Saluran SPOTV boleh ditonton di 8 negara (Indonesia, Hong Kong, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan kawasan Asia Timur terpilih seperti Macau dan Mongolia)

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Anda Boleh 'Free Trial' SPOTV Selama 2 Minggu"