Jadual Dan Keputusan Kejohanan Piala Harapan 2023

Jadual Dan Keputusan Kejohanan Piala Harapan 2023

Perlawanan persahabatan pra musim sebelum bermula Liga Super 2023 semakin rancak dimana akan berlangsung satu kejohanan iaitu Piala Harapan 2023 bermula pada 1 hingga 4 Februari 2023 bertempat di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan.

Pulau Pinang menjadi titik pertemuan antara 4 pasukan yang mana terdiri daripada 3 kelab tempatan iaitu Penang FC, Selangor FC dan Kedah Darul Aman FC serta 1 kelab berpengkalan di Singapura iaitu Geylang International FC.

Masih dengan format perlawanan persahabatan tetapi diolah dalam bentuk kejohanan yang mana sekali gus memberika lebih saingan dan cabaran kepada setiap pasukan yang bertanding untuk meraih gelaran juara buat kali pertama.

Selain itu juga, peminat bola sepak setempat boleh saksikan di depan mata sendiri aksi permainan bola sepak bagi pemain-pemain baru yang telah diserap masuk dalam kelab masing-masing.

Harga Tiket Masuk Perlawanan Piala Harapan 2023

Disebabkan kejohanan ini secara berpusat iaitu di Pulau Pinang, jadi orang tempatan boleh datang dan saksikan sendiri di stadium dengan dapatkan tiket masuk. Ianya dijual di kaunter stadium pada hari perlawanan.

Harga ditetapkan adalah RM15 (dewasa) dan RM10 (kanak-kanak) untuk setiap perlawanan. Manakala untuk peringkat Final, tiket dewasa adalah RM20 dan masih RM10 untuk kanak-kanak.

Siaran Langsung Perlawanan Piala Harapan 2023

Sama seperti perlawanan pra musim pasukan lain, tiada tayangan di tv sama ada menerusi Astro mahupun RTM. Tetapi kejohanan ini akan ditayangkan secara live streaming oleh pihak pengurusan Penang FC sendiri.

Terdapat 4 perlawanan kesemuanya. Telah ditetapkan harga tontonan setiap perlawanan adalah RM16.90. Manakala untuk 2 perlawanan akhir iaitu penentuan tempat 3/4 dan final, kedua-duanya berharga RM20.00 sahaja.

Untuk beli, anda hanya perlu klik link yang disediakan dibawah. Kemudian klik butang 'Get access', buat bayaran dan boleh terus tengok live streaming dan facebook adn youtube Penang FC

Jadual Dan Keputusan Kejohanan Piala Harapan 2023

Berikut merupakan senarai jadual dan keputusan yang akan dikemaskini kelak melibatkan Penang FC, Selangor FC, Kedah Darul Aman FC dan Geylang International FC sepanjang Piala Harapan 2023

1 Februari 2023 (Rabu)

FT : Penang FC (4) - (0) Geylang International FC

  • Azmeer Aris 2'
  • Rafael Vitor 28'
  • Rahmat Makasuf 34'
  • Gomes 82'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan
Live Streaming : Link 1 | Link 2

2 Februari 2023 (Khamis)

FT : Selangor FC (0) - (0) Kedah Darul Aman FC

Penalti : 6-5

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan
Live Streaming : Link 1 | Link 2

4 Februari 2023 (Sabtu) - Penentuan 3/4

FT : Kedah Darul Aman FC (2) - (1) Geylang International FC

  • Zharmien Ashraf 31'
  • Al Hafiz 37'
  • Vincent Bezecourt  40'

Masa : 5.30 Petang
Tempat : Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan
Live Streaming : Link 1 | Link 2

4 Februari 2023 (Sabtu) - Final

FT : Penang FC (2) - (1) Selangor FC

  • Mukhairi Ajmal 25'
  • Soony Saad 74' 88'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan
Live Streaming : Link 1 | Link 2

Jadual & Keputusan Kejohanan Piala Harapan 2023

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post