Jadual Dan Keputusan Final Kejohanan Hoki Piala Dunia 2023

Jadual Final Kejohanan Hoki Piala Dunia 2023

Kejohanan Hoki Piala Dunia 2023 kini sudah memasuki pusingan akhir dimana final kali ini bakal mempertemukan 2 pasukan hoki terhebat yang bakal berlangsung pada Sabtu ini, 29 Januari 2023 bertempat di Bhubaneswar, India.

Juara bertahan, Belgium sekali lagi berjaya ke final apabila mengalahkan juara dunia tiga kali, Belanda di separuh akhir dalam penentuan penalty shoot-out 3-2 selepas masing-masing terikat dengan jaringan 2-2 dalam tempoh perlawanan.

Manakala Jerman berjaya menundukkan pasukan no.1 dunia ketika ini iaitu Australia selepas aksi yang sengit dan mendebarkan dengan jaringan rasmi 4-3 dalam tempoh 60 mini permainan. Jerman pastinya ingin memburu kejuaraan dunia untuk kali ketiga.

Bagi pasukan yang tewas iaitu Belanda dan Australia, masing-masing akan mengharungi perlawanan untuk pingat gangsa atau penentuan bagi tempat ketiga dan keempat untuk hari yang sama ketika final dilangsungkan.

Jadual & Keputusan Final Kejohanan Hoki Piala Dunia 2023

Untuk perlawanan pingat gangsa dan final Hoki Piala Dunia 2023 tetap akan ditayangkan secara langsung menerusi saluran Astro Supersport 811 atau boleh juga strim secara online di astrogo.astro.com.my.

Selain itu, tetap juga dibawakan menerusi saluran RTM TV Okey, Sukan RTM dan RTM Klik. Seperti biasa, perlawanan hoki juga boleh distrim secara percuma menerusi pautan rasmi Watch Hockey di https://watch.hockey/

Jadi jom kita tengok jadual dan keputusan bagi aksi perlawanan pingat gangsa serta Final Hoki Piala Dunia 2023 yang bakal berlangsung pada Ahad ini.

29 Januari 2023 (Ahad)

[Penentuan Gangsa]

FT : Australia (1) - (3) Belanda

  • Jeremy Hayward 12' (PC)
  • Jip Janssen 32' (PC)
  • Thierry Brinkman 34' (FG) , 39' (FG)

Masa : 7.00 PM
Tempat : Stadium Hoki Kalinga Bhubaneswar, India
Tayangan : Astro Superspot 811, TV Okey & Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2

[Final]

FT : Jerman (3) - (3) Belgium (Pen: 5-4)

  • Van Aubel Florent 9' (FG)
  • Tanguy Cosyns 10' (FG)
  • Niklas Wellen 28' (PC)
  • Gonzalo Peillat 40' (PC)
  • Mats Grambusch 47' (FG)
  • Tom Boon 58' (PC)

Masa : 9.30 PM
Tempat : Stadium Hoki Kalinga Bhubaneswar, India
Tayangan : Astro Superspot 811, TV Okey & Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2

Tahniah! Jerman juara Kejohanan Hoki Piala Dunia 2023

Jadual Final Kejohanan Hoki Piala Dunia 2023

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post