Jadual Perlawanan Badminton BWF India Open 2024

Jadual Perlawanan Badminton BWF India Open 2023

Selepas selesai di Malaysia, para pemain badminton terbang ke India bagi mengharungi kejohanan seterusnya menerusi India Open 2024 bermula dari 16 hingga 21 Januari 2024 bertempat di K. D. Jadhav Indoor Hall, New Delhi India.

Yonex Sunrise India Open 2024 merupakan kejohanan kedua dalam kalendar BWF World Tour 2024 dan kini buat pertama kali kejohanan ini berstatus Super 750 yang telah dinaiktaraf dari Super 500 sebelum ini. Ini bermakna kejohanan ini bakal menawarkan mata ranking yang lebih tinggi dan hadiah wang tunai yang lebih besar.

⏩ Dapatkan Barangan Victor X Lee Zii Jia - Disini & Disini

Kejohanan : Yonex Sunrise India Open 2024
Tarikh : 16-21 Januari 2024
Tempat : K. D. Jadhav Indoor Hall, New Delhi India
Hadiah : USD750,000 (~RM3.2 Juta)

Senarai Pemain Malaysia Dalam Terbuka India 2024

Kejohanan Terbuka India 2024 kali ini sekali lagi kita bakal dapat saksikan pemain-pemain badminton handalan dunia berentap bagi meraih gelaran juara.

Kali ini juga, kita dapat saksikan sekali lagi wakil negara yang berjaya layak bagi setiap kategori. Berikut merupakan senarai penuh pemain Malaysia dalam kejohanan kali ini:

[Perseorangan Lelaki] - Lee Zii Jia [2], Ng Tze Yong, Liew Daren

[Perseorangan Wanita] - Goh Jin Wei

[Beregu Lelaki] - Ong Yew Sin [7]/Teo Ee Yi, Aaron Chia [3]/Soh Wooi Yik, Goh Sze Fei/Nur Izzuddin, Man Wei Chong/Kai Wun Tee

[Beregu Wanita] - Tan Pearly [8]/Thinaah Muralitharan, Vivian Hoo/Lim Chiew Sien 

[Beregu Campuran] - Goh Soon Huat/Lai Shevon Jemie, Hoo Pang Ron/Teoh Mei Xing, Chan Peng Soon/Goh Liu Ying, Chen Tang Jie/Toh Ee Wei, Tan Kian Meng [6]/Lai Pei Jing

Senarai pemain-pemain ini termasuk mereka yang berada dibawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan juga pemain-pemain profesional negara.

Jadual & Keputusan Perlawanan Badminton BWF India Open 2024

Bukan bermain di rumah sendiri, jadi peminat badminton tanah air khususnya hanya boleh berikan sokongan dari jauh sahaja kepada pemain-pemain negara bagi menggalas cabaran di kejohanan besar seperti ini.

Tapi jangan risau, perlawanan akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Supersport 814 dan juga boleh strim secara online di Astro Go. Tayangan di tv hanya akan bermula pada Round 32 hari kedua.

Selain itu, kesemua perlawanan ini juga boleh disaksikan secara online menerusi laman Youtube rasmi BWF TV secara percuma. Kebiasaanya anda perlukan sambungan VPN (tengok sini) untuk menonton di youtube.

Jadi jom kita tengok senarai jadual dan keputusan penuh perlawanan yang melibatkan pemain-pemain Malaysia dalam kejohanan India Open 2024. Tarikh dan masa jadual adalah mengikut waktu Malaysia

17 Januari 2023 (Selasa) - Pusingan 32 Day 1

Perlawanan pembukaan adalah pada jam 12.30 petang waktu Malaysia | ⏩ Live Streaming - Link 1 | Link 2Link 3

[WS] Ratchanok Intanon [6] (THA) vs (MAS) Goh Jin Wei - [21-13, 21-11]

[WD] Li Wen Mei/Liu Xuan Xuan (CHN) vs (MAS) Vivian Hoo/Lim Chiew Sien - [21-16, 21-9]

[MD] Ren Xiang Yu/Tan Qiang (CHN) vs (MAS) Goh Sze Fei/Nur Izzuddin - [21-19, 21-17]

--------------------------------------------

18 Januari 2023 (Rabu) - Pusingan 32 Day 2

Perlawanan pembukaan adalah pada jam 11.30 pagi waktu Malaysia | ⏩ Live Streaming - Link 1 | Link 2 | Link 3

[MD] Man Wei Chong/Kai Wun Tee (MAS) vs (MAS) Aaron Chia [3]/Soh Wooi Yik - [21-23, 10-21]

[MS] Vittinghus (DEN) vs (MAS) *Liew Daren - [11-9]*Retired

[XD] Zheng Si Wei [1]/Huang Ya Qiong (CHN) vs (MAS) Goh Soon Huat/Lai Shevon Jemie - [21-11, 21-7]

[MS] Ng Tze Yong (MAS) vs (CHN) Li Shi Feng - [19-21, 14-21]

[MS] Shesar Hiren Rhustavito (INA) vs (MAS) Lee Zii Jia [2] - [22-20, 21-19, 12-21]

[MD] Akira Koga/Taichi Saito (JPN) vs (MAS) Ong Yew Sin [7]/Teo Ee Yi - [15-21, 15-21]

[XD] Chen Tang Jie/Toh Ee Wei (MAS) vs (MAS) Hoo Pang Ron/Teoh Mei Xing - [21-17, 12-21, 21-19]

[WD] Ashwini Bhat K./Shikha Gautam (IND) vs (MAS) Tan Pearly [8]/Thinaah Muralitharan - [8-21, 11-21]

[XD] D Ferdinansyah/Gloria Widjaja (INA) vs (MAS) Tan Kian Meng [6]/Lai Pei Jing - [21-11, 15-21, 21-19]

--------------------------------------------

19 Januari 2023 (Khamis) - Pusingan 16

Perlawanan pembukaan adalah pada jam 11.30 pagi waktu Malaysia | ⏩ Live Streaming - Link 1 | Link 2 | Link 3

[WD] Lee Chia Hsin/Teng Chun Hsun (TPE) vs (MAS) Tan Pearly [8]/M Thinaah - [14-21, 21-16, 6-21]

[MD] Supak Jomkoh/K Kedren (THA) vs (MAS) Ong Yew Sin [7]/Teo Ee Yi - [16-21, 21-13, 19-21]

[MD] Lee Jhe-Huei/Yang Po-Hsuan (TPE) vs (MAS) Aaron Chia [3]/Soh Wooi Yik - [21-15, 19-21, 19-21]

[XD] Cheng Tan Jie/Toh Ee Wei (MAS) vs (CHN) Wang Yi Lyu [4]/Huang Dong Ping - [21-23, 12-21]

[MS] Li Shi Feng (CHN) vs (MAS) Lee Zii Jia [2] - [21-11, 14-21, 21-18]

--------------------------------------------

20 Januari 2023 (Jumaat) - Suku Akhir

Perlawanan pembukaan adalah pada jam 2.30 petang waktu Malaysia | ⏩ Live Streaming - Link 1 | Link 2 | Link 3

[WD] (MAS) Tan Pearly [8]/M Thinaah vs (KOR) Kim Won Ho/Jeong Na Eun - [21-13, 21-13]

[MD] Ong Yew Sin [7]/Teo Ee Yi vs (MAS) Aaron Chia [3]/Soh Wooi Yik - [17-21, 11-21]

--------------------------------------------

21 Januari 2023 (Sabtu) - Separuh Akhir

Perlawanan pembukaan adalah pada jam 2.30 petang waktu Malaysia | ⏩ Live Streaming - Link 1 | Link 2 | Link 3

[WD] Tan Pearly [8]/M Thinaah (MAS) vs (JPN) Nami Matsuyama [2]/Chiharu Shida - [14-21, 16-21]

[MD] Aaron Chia [3]/Soh Wooi Yik (MAS) vs (INA) Fajar Alfian [2]/M Rian Adrianto - [11-21, 21-15, 21-16]

--------------------------------------------

22 Januari 2023 (Ahad) - Final

Perlawanan pembukaan adalah pada jam 2.30 petang waktu Malaysia mengikut giliran permainan | ⏩ Live Streaming - Link 1 | Link 2 | Link 3

[XD] Yuta Watanabe [3]/Arisa Higashino (JPN) vs (CHN) Wang Li Lyu [4]/Huang Dong Ping - [WO]

[WS] Akane Yamaguchi [1] (JPN) vs (KOR) An Se Young [2] - [21-15, 16-21, 12-21]

[WD] Chen Qing Chen [1]/Jia Yi Fan (CHN) vs (JPN) Nami Matsuyama [2]/Chiharu Shida - [WO]

[MD] Liang Wei Keng/Wang Chang (CHN) vs (MAS) Aaron Chia [3]/Soh Wooi Yik - [14-21, 21-19, 21-18]

[MS] Viktor Axelsen [1] (DEN) vs (THA) Kunlavut Vitidsarn [8] - [20-22, 21-10, 12-21]

--------------------------------------------

Untuk ketahui keputusan dan jadual dari perlawanan-perlawanan lain, anda boleh rujuk laman web rasmi BWF di https://bwfworldtour.bwfbadminton.com

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Jadual Perlawanan Badminton BWF India Open 2024"