Jadual & Keputusan Perlawanan JDT Pra Musim 2023 Di Dubai

Jadual Perlawanan Persahabatan Pra Musim JDT 2023 Di Dubai

Setiap pasukan kini giat mengadakan perlawanan persahabatan pra musim untuk musim 2023 kelak termasuk juga Johor Darul Ta'zim (JDT) yang akan terbang ke Dubai, UAE bagi mengharungi 5 perlawanan dari 25 hingga 6 Februari 2023.

Perlawanan ini pastinya bagi mendapatkan lebih keserasian antara pemain baru yang dibawa masuk dan ingin memantapkan permainan seterusnya memberikan saingan yang lebih hebat untuk Liga Super 2023 termasuk juga mengharungi saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Walaupun begitu, para pemain dan barisan kejurulatihan telah malaporkan diri sejak 8 Januari lagi. Kemudian pasukan telah terbang ke Dubai pada 21 Januari 2023.

Siarang Langsung Perlawanan Pra Musim JDT Di Dubai

Setakat ini tiada tayangan yang akan disiarkan secara langsung di kaca tv menerusi saluran Astro mahupun RTM. Dikhabarkan akan ada live streaming menerusi saluran youtube rasmi JDT di JDT TV Official.

Walaupun begikut, sekiranya ada tayangan live streaming yang dibuat, akan dikongsikan dan dikemaskini setiap kali perlawanan berlangsung

Jadual & Keputusan Perlawanan Persahabatan Pra Musim JDT 2023 Di Dubai

Sama seperti tahun lalu, pasukan Harimau Selatan sekali lagi berkelana ke Dubai, UEA bagi mengharungi perlawanan persahabatan daripada kelab Liga Rusia, Bulgaria, dan juga kelab UAE sendiri dimana akan diumumkan kemudian.

Berikut merupakan senarai jadual penuh dan keputusan melibatkan pasukan JDT (Ranking: 1454) dalam perlawanan persahabatan pra musim 2023 di Dubai. Masa adalah mengikut waktu Malaysia.

25 Januari 2023 (Rabu)

FT : FC Rostov (2) - (0) JDT FC

  • Egor Golenkov 39', 45'+1

Masa : 9.30 PM
Tempat : Stadium The Sevens, Dubai
Live Streaming : Link 1 | Link 2
Wakil : Kelab Rusia (482)

28 Januari 2023 (Sabtu)

FT : FC Levski Sofia (0) - (1) JDT FC (dibatalkan)

  • Juan Muniz

*Perlawanan terpaksa dibatalkan kerana pihak Levski Sofia menarik diri dan JDT diberi kemenangan 3-0

Masa : 10.00 PM
Tempat : Stadium Jabel Ali Centre of Excellence
Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3
Wakil : Kelab Bulgaria (277)

31 Januari 2023 (Selasa)

FT : FC Fursan Hispania (0) - (3) JDT FC

Masa : 9.00 PM
Tempat : Stadium The Sevens, Dubai
Live Streaming : Link 1 | Link 2
Wakil : Kelab UAE (518)

2 Februari 2023 (Khamis)

FT : FC Lokomotiv Moscow (0) - (1) JDT FC

  • Arif Aiman 55'

Masa : 10.30 PM
Tempat : Stadium The Sevens, Dubai
Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3
Wakil : Kelab Rusia (203)

6 Februari 2023 (Isnin)

FT : JDT FC (0) - (3) FC Zenit St. Petersburg

  • Rodrigau 10'
  • Malcom 15'
  • Danila Kozlov 31'

Masa : 9.00 PM
Tempat :
Live Streaming (akan dikemaskini) : Link 1 | Link 2
Wakil : Kelab Rusia (57)

Jadual Perlawanan Persahabatan Pra Musim JDT 2023 Di Dubai

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post