Jadual Perlawanan Selangor FC Di Liga Super 2023

Jadual Perlawanan Selangor FC Di Liga Super 2023

Pihak Malaysian Football League (MFL) akhirnya telah mengumumkan tarikh sepak mula bagi kejuaraan Liga Super 2023 musim terbaru dimana akan bermula pada 24 Februari 2023 menerusi perlawanan sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah.

Kemudian diikuti dengan perlawanan lain termasuklah daripada pasukan Selangor FC sendiri apabila bakal menerim kunjungan daripada pendatang baru, Kelantan United FC dengan bermain di Stadium Petaling Jaya pada 26 Februari 2023, hari Ahad.

Manakala untuk perlawanan kedua, skuad Red Giants akan terbang ke Sarawak bagi menghadapi Kuching City FC di Stadium Negeri pada 2 Mac 2023, hari Khamis.

Mampukah anak-anak buah Tan Cheng Hoe merialisasikan hasrat peminat-peminat untuk memberikan saingan yang lebih padu untuk musim terbaru ini sekali gus merampas takhta liga daripada JDT yang telah dimenanginya sebanyak sembilan kali berturut-turut.

Jadual Penuh Perlawanan Pasukan Selangor FC Di Liga Super 2023

Untuk musim 2023 ini cukup berbeza seperti tahun sudah apabila buat julung kalinya terdapat 14 pasukan kesemuanya dalam Liga Super yang dipertandingkan. Ini pembaharuan terbaru yang diatur oleh pihak MFL kali ini.

Jadi kesemua pasukan akan mengharungi 26 perlawanan secara total bermula daripada 24 Februari hingga 17 Disember 2023. Berikut merupakan senarai jadual penuh melibatkan pasukan Selangor FC sepanjang musim di Liga Super 2023

  • 26/02/2023 - Selangor FC vs Kelantan United FC
  • 02/03/2023 - Kuching City FC vs Selangor FC
  • 05/03/2023 - Selangor FC vs Sri Pahang FC
  • 12/03/2023 - Penang FC vs Selangor FC
  • 17/03/2023 - Selangor FC vs JDT
  • 31/03/2023 - Selangor FC vs KL City FC
  • 04/04/2023 - Negeri Sembilan vs Selangor FC
  • 09/04/2023 - Selangor FC vs Kelantan FC
  • 18/04/2023 - Selangor FC vs Terengganu FC
  • 26/04/2023 - Selangor FC vs Sabah FC
  • 20/05/2023 - Perak FC vs Selangor FC
  • 24/05/2023 - Selangor FC vs Kedah Darul Aman FC
  • 03/06/2023 - PDRM FC vs Selangor FC
  • 07/06/2023 - Kelantan United FC v Selangor FC
  • 26/06/2023 - Selangor FC vs Kuching City FC
  • 09/07/2023 - Sri Pahang FC vs Selangor FC
  • 15/07/2023 - Selangor FC vs Penang FC
  • 29/07/2023 - JDT vs Selangor FC
  • 08/08/2023 - Selangor FC vs KL City FC
  • 13/08/2023 - Negeri Sembilan vs Selangor FC
  • 25/08/2023 - Kelantan FC vs Selangor FC
  • 29/09/2023 - Terengganu FC v Selangor FC
  • 29/10/2023 - Sabah FC vs Selangor FC
  • 25/11/2023 - Selangor FC vs Perak FC
  • 02/12/2023 - Kedah Darul Aman FC vs Selangor FC
  • 12/12/2023 - Selangor FC vs PDRM FC

Jadual Perlawanan Selangor FC Di Liga Super 2023

Senarai jadual ini adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa seperti yang ditentukan oleh MFL.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post