Jadual Perlawanan Separuh Akhir EFL Cup 2023 (Carabao Cup)

Jadual Perlawanan Separuh Akhir EFL Cup 2023

Perlawanan EFL Cup bagi musim 2022-2023 kini sudah sampai ke pusingan separuh akhir dimana akan mempertemukan 4 pasukan pada 25 dan 26 Januari 2023 untuk perlawanan pertama dan 1 dan 2 Februari 2023 untuk perlawanan timbal balik kedua.

EFL Cup yang juga dikenali dengan Carabao Cup iaitu sebuah kejohanan terbuka untuk semua kelab yang bertanding di dalam Premier League (EPL) dan semua liga Inggeris yang diadakan dari 2 Ogos 2022 hingga final pada 26 Februari 2023.

Untuk edisi kali ini, sebanyak 92 pasukan yang mengambil bahagian bagi merebut trofi kejuaraan. Selain itu, juara juga akan layak ke perlawanan kelayakan pusingan play-off untuk UEFA Europa Conference League musim 2023-2024 kelak.

Untuk pusingan separuh akhir ini, empat pasukan yang berjaya mara adalah Newcastle United, Southampton, Nottingham Forest dan Manchester United. Kesemuanya adalah daripada Liga utama, EPL.

Jadual & Keputusan Separuh Akhir EFL Cup 2022-2023 (Carabao Cup)

Sebagai pemain Manchester United, aku nak tulis juga artikel ini. Ini pastinya untuk peminat-pemain Red Devils yang berada di Malaysia. Harapan pastinya ingin merangkul kejuaraan selepas lebih 5 tahun tak pernah angkat piala ni beb! Carabao Cup pun okay! Bagi semangat untuk pemain dan manager baru, Eric Ten Hag.

Boleh saksikan kesemua aksi perlawanan secara langsung yang akan dibawakan secara langsung menerusi saluran Astro Supersport 812 atau secara striming di astrogo.astro.com.my

Berikut merupakan senarai jadual dan keputusan lengkap bagi setiap perlawanan yang terlibat bagi aksi Separuh Akhir EFL Cup 2022-2023 dalam garis masa waktu Malaysia.

25 Januari 2023 (Rabu) - 1st Leg

FT : Southampton (0) - (1) Newcastle United

  • Joelinton 73'

Masa : 4.00AM
Tempat : St Mary's Stadium
Tayangan : -Tiada-
Live Streaming : Link 1 | Link 2

26 Januari 2023 (Khamis) - 1st Leg

FT : Nottingham Forest (0) - (3) Manchester United

  • Marcus Rashford 6'
  • Wout Weghorst 45'
  • Bruno Fernandes 89'

Masa : 4.00AM
Tempat : City Ground
Tayangan : -Tiada-
Live Streaming : Link 1 | Link 2

1 Februari 2023 (Rabu) - 2nd Leg

FT : Newcastle United (2) - (1) Southampton (Agg: 3-1)

  • Sean Longstaff 5', 21'
  • Che Adams 29'

Masa : 4.00AM
Tempat : St. James' Park
Tayangan : Astro Supersport 812
Live Streaming : Link 1 | Link 2

2 Februari 2023 (Khamis) - 2nd Leg

FT : Manchester United (2) - (0) Nottingham Forest (Agg: 5-0)

  • Anthony Martial 73'
  • Fred 76'

Masa : 4.00AM
Tempat : Old Trafford Stadium
Tayangan : Astro Supersport 812
Live Streaming : Link 1 | Link 2

*Newcastle United dan Manchester United mara ke final EFL Carabou Cup 2023

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post