Jadual Perlawanan Terengganu FC Di Liga Super 2023

Jadual Perlawanan Terengganu FC Di Liga Super 2023

Pihak Malaysian Football League (MFL) tela mengumumkan secar rasmi tarikh sepak mula bagi kejuaraan Liga Super 2023 untuk musim terbaru ini dimana akan bermula pada 24 Februari 2023 menerusi perlawanan sumbangsih.

Jadi Terengganu FC akan cuba rampas Piala Sultan Ahmad Shah daripada Johor Darul Ta'zim (JDT) dimana perlawanan tersebut bakal berlangsung pada hari Jumaat bertempat di Stadium Sultan Ibrahim. Johor.

Kemudian Terengganu sekali lagi akan berkunjung ke tempat lawan di utara tanah air berjumpa dengan antara pasukan yang bakal memberi saingan kuat kali ini iaitu Kedah Darul Aman FC pada 1 Mac 2023 bertempat di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Adakah Tomislav Steinbrückner berjaya membawa Sang Penyu beraksi dengan baik sama seperti ketua jurulatih sebelum ini atau menjadi lebih baik dengan membawa pulang sekurang-kurangnya 1 piala ke pantai timur?

Jadual Penuh Perlawanan Pasukan Terengganu FC Di Liga Super 2023

Untuk musim 2023 ini cukup berbeza seperti tahun sudah apabila buat julung kalinya terdapat 14 pasukan kesemuanya dalam Liga Super yang dipertandingkan. Ini pembaharuan terbaru yang diatur oleh pihak MFL kali ini.

Jadi kesemua pasukan akan mengharungi 26 perlawanan secara total bermula daripada 24 Februari hingga 17 Disember 2023. Berikut merupakan senarai jadual penuh melibatkan pasukan Selangor FC sepanjang musim di Liga Super 2023

  • 24/02/2023 - JDT vs Terengganu
  • 01/03/2023 - Kedah vs Terengganu
  • 05/03/2023 - Terengganu vs KL City
  • 11/03/2023 - Terengganu vs PDRM
  • 16/03/2023 - Negeri Sembilan vs Terengganu
  • 31/03/2023 - Terengganu vs Kelantan United
  • 04/04/2023 - Terengganu vs Kelantan
  • 09/04/2023 - Terengganu vs Kuching City
  • 18/04/2023 - Selangor vs Terengganu
  • 26/04/2023 - Terengganu vs Sri Pahang
  • 19/05/2023 - Sabah vs Terengganu
  • 24/05/2023 - Terengganu vs Penang
  • 03/06/2023 - Perak vs Terengganu
  • 09/06/2023 - Terengganu vs JDT
  • 23/06/2023 - Terengganu vs Kedah
  • 07/07/2023 - KL City vs Terengganu
  • 16/07/2023 - PDRM vs Terengganu
  • 28/07/2023 - Terengganu vs Negeri Sembilan
  • 08/08/2023 - Kelantan United vs Terengganu
  • 14/08/2023 - Kelantan vs Terengganu
  • 26/08/2023 - Kuching City vs Terengganu
  • 29/09/2023 - Terengganu vs Selangor
  • 29/10/2023 - Sri Pahang vs Terengganu
  • 24/11/2023 - Terengganu vs Sabah
  • 03/12/2023 - Penang vs Terengganu
  • 17/12/2023 - Terengganu vs Perak

Jadual Perlawanan Terengganu FC Di Liga Super 2023

Senarai jadual ini adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa seperti yang ditentukan oleh MFL.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post