Jenis Kolam Ikan Tilapia Terbaik Untuk Ternak

Jenis Kolam Terbaik Untuk Ternak Ikan Tilapia

Anda bercadang untuk buka bisnes atau mulakan projek ternakan ikan tilapia. Tetapi anda tidak tahu menentukan dalam pemilihan kolam yang sesuai untuk projek tersebut. Sini ada jawapannya.

Ada penternak cakap, semakin besar sesebuah kolam yang dibina untuk ternakan ikan Tilapia, makin mudah untuk kita menternak lebih banyak ikan tilapia pada masa yang sama. Dan ini membuatkan projek ternakan kita berpotensi mendapat keuntungan lumayan.

Tapi pernah tak anda terfikir, jika semakin besar kolam, semakin banyak ikan - ini bermakna semakin sukar untuk anda menguruskan serta membersihkan kolam ternakan ikan tilapia. Ini membuatkan kolam tersebut mungkin tidak selamat untuk dijadikan habitat ikan tilapia tersebut.

Ya, faktor pemilihan jenis kolam ternakan ikan tilapia yang betul sangatlah mempengaruhi sesebuah projek ternakan tersebut. Ini kerana saiz ikan tilapia yang diternak sangat bergantung kepada kebersihan kolam serta kualiti air kolam ternakan tersebut. Jika silap memilih jenis kolam ternakan dan cara penjagaannya, ia pastinya merugikan anda.

Kolam yang kotor boleh menyebabkan ikan-ikan tilapia yang hidup dalamnya menghidap penyakit, menjadi semakin lemah dan berisiko tinggi untuk mengalami kematian. Kolam yang terlampau sempit pula boleh mengakibatkan jumlah ikan terlalu padat dan ini membuatkan ikan-ikan tersebut tidak diberikan makanan yang sama rata. Ia membantutkan tumbesarannya!

Jenis Kolam Terbaik Untuk Ternakan Ikan Tilapia

Terdapat 4 jenis kolam yang terbaik untuk projek penternakan ikan Tilapia anda. Tetapi setiap jenis kolam mempunyai kelebihan dan kekurangannya sendiri serta mempunyai cara penjagaannya yang berbeza.

Berikut 4 jenis kolam untuk ternakan ikan Tilapia berserta kelebihan & kekurangannya.

#1 - Kolam Jenis Tanah

Kolam jenis tanah ini antara kolam paling banyak digunakan oleh para penternak terutamanya yang menjalankan penternakan komersial kerana faktor kos yang sangat rendah tapi ia juga dalam masa yang sama agak sukar untuk diuruskan..

Antara kelebihan kolam jenis ini ialah...

  • Kos pembinaan yang rendah
  • Semuanya pasti lancar jika ada bekalan air semulajadi
  • Boleh menggunakan keluasan tanah secara maksimum

Antara kekurangannya pula ialah...

  • Airnya sangat mudah kotor dan berlumpur - malah ianya susah dicuci
  • Ternakan ikan mudah terdedah kepada penyakit & serangan pemangsa
  • Kolam jenis ini adalah jenis tetap dan tidak boleh dipindahkan

#2 - Kolam Jenis Simen

Kolam jenis simen ini juga agak popular bagi penternak ikan Tilapia hari ini kerana ianya mudah untuk dicuci dan tidak mudah kotor.. Kos untuk menguruskan kolam jenis ini juga agak rendah selain mampu menternak ikan yang berkualiti.

Antara kelebihan kolam jenis simen ini ialah..

  • Proses pembersihannya & penjagaannya sangat mudah selain ternakan selamat dari pemangsa 
  • Ikan-ikan mampu membesar dengan lebih sihat tanpa sebarang penyakit
  • Mudah untuk mengawal kualiti air kolam

Antara kekurangannya pula ialah..

  • Kos untuk membinanya agak sederhana tinggi bagi membina tmobok dinding simen & memasang peralatan kolam
  • Kolam jenis ini perlukan kawasan tanah yang tetap
  • Ianya tidak boleh berpindah-pindah

#3 - Kolam Jenis Kanvas

Kolam jenis kanvas ini juga menjadi pilihan para penternak ikan tilapia kerana ianya sangat mudah alih dan tidak memerlukan kawasan yang besar.. Kolam kanvas ini mudah untuk disimpan dan dipindahkan ke tempat lain..

Antara kelebihan kolam jenis kanvas ini ialah..

  • Ianya tidak mudah kotor, sangat mudah dijaga selain kualiti airnya mudah untuk dikawal
  • Tidak memerlukan tanah yang luas untuk memulakan projek ternakan ikan tilapia
  • Kos operasi yang murah kerana kurang gunakan air

Antara kekurangannya pula ialah..

  • Kos untuk memasang paip-paip serta membeli peralatannya yang agak tinggi
  • Ia sangat perlukan kemahiran tentang penggunaan & fungsi kolam
  • Ianya mudah koyak & mudah tembus jika tidak dijaga dengan baik

#4 - Kolam Jenis Tangki PVC

Kolam jenis tangki PVC ini menjadi pilihan para penternak kerana ianya mudah alih dan anda tidak perlu memiliki ataupun menyewa tanah untuk membina kolam jenis ini.. Ia juga sangat mudah dijaga dan tidak mudah kotor..

Antara kelebihan kolam jenis PVC ini ialah..

  • Kualiti air kolam ini sangat mudah dikawal
  • Kos operasinya yang sangat rendah kerana ianya kurang menggunakan air
  • Ianya sangat mudah untuk diselenggarakan

Antara kekurangannya pula ialah..

  • Ianya memerlukan kawasan yang luas dan besar
  • Ianya sukar disimpan kerana saiz tangkinya yang besar

Cara pilih kolam ternakan ikan tilapia terbaik

Cara Pilih Kolam Dan Belajar Dengan Betul Ternakan Ikan Tilapia

Kesesuaian jenis kolam bergantung kepada tujuan penternakan dan modal anda. Jika anda mempunyai modal rendah, kolam jenis tanah adalah pilihan terbaik - malah kolam jenis ini juga sesuai dengan projek ternakan komersial. Jika anda mempunyai modal besar dan tanah yang luas, anda boleh memilih sama ada mahu membina kolam jenis simen, kanvas ataupun tangki PVC.. Ianya pilihan anda..

Tapi pastikan kolam anda dibina berdekatan dengan jalan raya untuk mudahkan kerja-kerja anda serta pekerja anda. Dan pastikan juga tempat tersebut bebas dari haiwan pemangsa seperti biawak dan sebagainya yang boleh mengancam ikan ternakan anda. Pastikan juga kolam tersebut berada di kawasan yang tidak mengganggu atau menjejaskan ekonomi setempat.

"Nak Belajar Lebih Mendalam Tentang Pemilihan Kolam Ternakan Ikan Tilapia?"

Jika anda mahukan maklumat lebih lanjut berkenaan dengan cara pemilihan kolam terbaik untuk projek ternakan anda beserta dengan kelengkapan penting yang anda perlu siapkan untuk kolam ternakan ikan tilapia anda, anda boleh mendapatkan maklumat lengkap tersebut dalam sebuah ebook yang bertajuk "Panduan Ternak Ikan Tilapia".

"Panduan Ternak Ikan Tilapia" ini ditulis oleh seorang penternak ikan tilapia yang berpengalaman sejak 2009 lagi dalam bidang penternakan ini, Encik Zhafran.. Selain daripada perihal pemilihan kolam sesuai, ebook ini juga membongkarkan dari A sampai Z cara bagaimana anda mampu memulakan projek penternakan ikan Tilapia dengan lebih lancar & mampu menguruskannya tanpa sebarang masalah.

Ini antara yang bakal anda pelajari dalam ebook ini..

  • Potensi SEBENAR projek penternakan ikan Tilapia
  • Jenis-jenis Ikan Tilapia dan cara penjagaan yang SESUAI
  • 4 jenis kolam ikan tilapia berserta kelengkapan PENTING serta cara pembinaannya
  • Cara TERBAIK memilih benih ikan tilapia yang menguntungkan projek ternakan anda
  • Jenis-jenis makanan ikan beserta kaedah pemberian makanan yang BETUL
  • Cara TERBAIK menghasilkan makanan ikan Tilapia sendiri
  • Jenis-jenis Penyakit Ikan SERTA Cara Rawatannya
  • Cara TERBAIK untuk menjual ikan Tilapia anda
  • Kesilapan KRONIK serta Risiko Penternakan Ikan yang perlu anda elakkan
  • Rujukan lengkap organisasi yang mampu membantu projek berjalan lebih lancar
  • Dan banyak lagi ilmu berkenaan dengan penternakan Ikan Tilapia ini!

Menjadi penternak ikan tilapia yang berjaya menjana keuntungan yang lumayan hasil ternakan sendiri adalah impian setiap penternak.. Kini dengan bantuan ebook ini, anda mampu memulakan dan menguruskan projek ternakan ikan tilapia anda dengan lebih mudah dan lancar SERTA mampu meminimumkan risiko kegagalan anda sepanjang projek ini berjalan.

Jika anda benar-benar serius untuk mempelajari cara terbaik bagi memulakan projek ternakan ikan Tilapia anda sendiri, ebook ini adalah rujukan terbaik untuk anda kerana ia mempunyai  maklumat yang anda perlukan untuk memastikan projek ternakan anda benar-benar berjaya dilaksanakan.. Inilah peluang terbaik anda untuk mengejar impian anda!

Jom pelajari sendiri cara TERBAIK untuk mulakan projek ternakan ikan Tilapia sekarang. Anda boleh dapatkan ebook tersebut dengan klik pada gambar dibawah sahaja

Cara pilih kolam yang sesuai untuk ternak ikan tilapia

Jom mula ternak ikan tilapia dengan rujukan yang disediakan ini

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post