Kedudukan Peringkat Kumpulan Di Kejohanan Hoki Piala Dunia 2023

Kedudukan Peringkat Kumpulan Di Kejohanan Hoki Piala Dunia 2023

Ketahui dan dapatkan informasi tentang kedudukan untuk peringkat kumpulan bagi setiap pasukan yang bertanding di kejohanan Hoki Piala Dunia FIH Lelaki 2023.

Kejohanan empat tahun sekali ini akan berlangsung di Bhubaneswar dan Rourkela di Odisha, India dari 13 hingga 29 Januari 2023 dimana menampilkan 16 pasukan terhebat dari seluruh dunia bertarung bagi merebut gelaran Juara Dunia Hoki yang diidamkan.

Kesemua pasukan dalam kejohanan ini telah dibahagikan kepada empat kumpulan - Pool A hingga D - dimana masing-masing terdiri daripada empat pasukan. Pasukan dalam setiap kumpulan akan mengharungi format round-robin satu pusingan dalam peringkat kumpulan.

Kumpulan Hoki Piala Dunia Lelaki 2023

  • Kumpulan A - Australia, Argentina, Perancis, Afrika Selatan
  • Kumpulan B - Belgium, Jerman, Korea Selatan, Jepun
  • Kumpulan C - Belanda, New Zealand, Malaysia, Chile
  • Kumpulan D - India, England, Sepanyol, Wales

Kedudukan Terkini Setiap Kumpulan Di Kejohanan Hoki Piala Dunia 2023

Ketahui kedudukan bagi setiap kumpulan beserta mata yang dikumpul sepanjang berlangsungnya bagi peringkat kumpulan ini serta pasukan manakah yang layak ke peringkat kalah mati di pusingan kedua dan suku akhir.

KUMPULAN A

Pasukan P M S K GD M
*Australia 3 2 1 0 +15 7
**Argentina 3 1 2 0 +1 5
**Perancis 3 1 1 1 -7 4
Afrika Selatan 3 0 0 1 -9 0

KUMPULAN B

Pasukan P M S K GD M
*Belgium 3 2 1 0 11 7
**Jerman 3 2 1 0 8 7
**Korea Selatan 3 1 0 2 -9 3
Jepun 3 0 0 4 -10 0

KUMPULAN C

Pasukan P M S K GD M
*Belanda 2 2 0 0 +8 6
**Malaysia 3 2 0 1 -2 6
**New Zealand 3 1 0 2 -3 3
Chile 2 0 0 1 -3 0

KUMPULAN D

Pasukan P M S K GD M
*England 3 2 1 0 +9 7
**India 3 2 1 0 +4 7
**Sepanyol 3 1 0 2 -2 3
Wales 3 0 0 3 -11 0

Kedudukan pasukan bagi setiap kumpulan mengikut keputusan seperti yang diumumkan oleh pihak FIH.

*Juara kumpulan mara ke suku akhir

**Naib juara dan tempat ke-3 akan bersaing di peringkat crossover bagi merebut 4 slot lagi ke suku akhir

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Kedudukan Peringkat Kumpulan Di Kejohanan Hoki Piala Dunia 2023"