Kedudukan Malaysia Dan Setiap Pasukan Dalam Kejohanan Hoki Piala Dunia 2023

Kedudukan Malaysia & Setiap Pasukan Dalam Kejohanan Hoki Piala Dunia 2023

Kejohanan Hoki Lelaki Piala Dunia FIH 2023 telah berlangsung selama 17 hari yang mana aksi pertama bermula pada 13 Januari sehinggalah ke peringkat final yang dijadualkan berlangsung pada 29 Januari 2023. Kesemua perlawanan berlangsung di Bhubaneswar dan Rourklea, India.

Sebanyak 16 pasukan yang layak bertanding dalam kejohanan ini dan mereka pada peringkat awal telah diundi dalam 4 kumpulan (pool) yang terdiri daripada 4 pasukan pada setiapnya. Malaysia telah diundi dalam kumpulan C bersama New Zealand, Belanda dan Chile.

Juara bagi setiap kumpulan akan mara ke pusingan suku akhir, manakala naib juara dan tempat ketiga setiap kumpulan akan memasuki pusingan crossover bagi merebut 4 lagi slot suku akhir. Malangnya, skuad The Speedy Tigers terpaksa akur apabila kalah dalam pusingan ini dan tidak berjaya mara ke suku akhir.

Walaupun begitu, untuk kejohanan sukan hoki ianya tidak sama seperti sukan-sukan lain apabila pasukan yang kalah akan terus bermain dalam pusingan klasifikasi. Ianya bertujuan memberikan nombor kedudukan bagi setiap pasukan yang bertanding.

Berikut merupakan kedudukan pasukan Malaysia dan pasukan-pasukan lain yang bertanding dalam kejohanan edisi ke-15 ini untuk Hoki Piala Dunia 2023 dari nombor 1 hingga nombor 16:

  • Emas : Jerman (Juara)
  • Perak : Belgium (Naib Juara)
  • Gangsa : Belanda
  • Tempat ke-4 : Australia
  • Tempat ke-5 : England
  • Tempat ke-6 : Sepanyol
  • Tempat ke-7 : New Zealand
  • Tempat ke-8 : Korea Selatan
  • Tempat ke-9 : Argentina/India
  • Tempat ke-11 : Wales/Afrika Selatan
  • Tempat ke-13 : Malaysia/Perancis
  • Tempat ke-15 : Jepun/Chile

*Malaysia mengakhiri kempen Piala Dunia Hoki 2023 di tempat ke-13. Kedudukan ini lebih baik berbanding edisi 2018 dimana berakhir di tempat ke-15. Tahniah The Speedy Tigers

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post