Drama Legenda Puteri Qaseh Di Astro Ceria

Drama Legenda Puteri Qaseh Di Astro Ceria

Saksikan drama Legenda Puteri Qaseh yang akan menemui penonton mulai 9 Januari 2023, bersiaran setiap hari Isnin pada jam 9.00 malam menerusi saluran kanak-kanak Astro Ceria 611 atau boleh juga strim secara online di Astro Go.

Astro bawakan siri Legenda Puteri Qaseh berikutan kejayaan yang memberansangkan daripada siri legenda kisah fantasi sebelum ini tetapi menerusi telefilem iaitu Legenda Puteri Bulan dan Legenda Puteri Felora.

Drama siri 9 episod ini merupakan terbitan syarikat produksi Red Communiations dan arahan daripada Umi Salwana.

OST Drama

Tajuk Lagu : Takkan Mengalah
Penyanyi : Nuha Bahrin dan Naufal Azrin
Komposer : Firdaus Rahmat, Omar K, John Jeeves
Penulis Lirik : Firdaus Rahmat, Omar K, John Jeeves

Sinopsis Drama Legenda Puteri Qaseh

Drama siri Legenda Puteri Qaseh menampilkan barisan pelakon seperti Qasrina Qarim, Daniel Fong, Bella Dowanna, Norman Hakim, Datin Lisa Surihani, Datuk Yusry Abdul Halim, Aziz M. Osman, Chew Kin Wah, Satthiya Kandi dan ramai lagi.

  • Qasrina Qarim sebagai Puteri Qaseh
  • Daniel Fong sebagai Laksamana Andika
  • Bella Dowanna sebagai Laila
  • Norman Hakim sebagai Raja Sulung
  • Datin Lisa Surihani sebagai Pemaisuri Kalsom
  • Datuk Yusry Abdul Halim sebagai Raja Budi

Tonton siri Legenda Puteri Qaseh online - DISINI | DISINI

Ianya berkisarkan tentang seorang gadis bernama Qaseh berhati mulia yang mendapat tahu bahawa dirinya merupakan seorang puteri dari kerajaan KayaJaya.

Dengan kemangkatan kedua orang ibu bapanya, kini kerajaan tersebut diperintah oleh bapa saudaranya iaitu Raja Sulung. Qaseh dibawa kembali ke istana Kayajaya untuk menjalani kehidupan sebagai seorang puteri.

Dalam menjalani kehidupan barunya, Qaseh berhadapan dengan pelbagai rintangan dan cabaran demi mengembalikan kebaikan kepada kerajaan Kayajaya.

Drama Legenda Puteri Qaseh Di Astro Ceria

Drama Legenda Puteri Qaseh Di Astro Ceria

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post