Senarai Pemenang Anugerah Ikon Sukan 2023

Senarai Pemenang Anugerah Ikon Sukan 2023

Kita dah tengok pelbagai anugerah dalam industri nyanyian, perfileman, drama dan lakonan. Menerusi Anugerah Ikon Sukan ini diadakan adalah bagi menghargai setiap atlet dan penggiat sukan bagi industri sukan pula.

Anugerah Ikon Sukan 2023 (AIS) anjura Harian Metro buat julung kalinya diadakan dengan membariskan 8 anugerah untuk dipertandingkan sekali gus memberi pengiktirafan kepada semua atlet yang pernah mengharumkan nama negara bagi setiap sukan dan kejohanan yang disertai.

Pemenang untuk kesemua kategori dalam AIS2023 adalah berdasarkan penilaian dan markah daripada juri profesional serta undian yang telah dibuat menerusi surat khabat Harian Metro dan secara online di www.hmetro.com.my

Malam anugerah telah berlangsung pada Ahad, 8 Januari 2023 yang disiarkan secara langsung menerusi saluran TV9 serta secara online di watch.tonton.com.my dan Youtube TV9. Diserikan dengan 2 pasangan Che Puan Sarimah Ibrahim dan Fahrin Ahmad sebagai hos sepanjang acara berlangsung. 

Tidak cukup dengan itu, malam kemuncak anugerah juga turut dihangatkan dengan persembahan daripada artis dan selebriti tanah air seperti Bunga, Dolla, Aina Abdul, Amir Masdi, Akim Ahmad, Atu Zero, Ropie, Noorkhiriah dan ramai lagi.

Dalam pada itu juga, kita dapat tengok atlet sukan tanah air membuat persembahan pentas sama ada menyanyi bersama atau terlibat dalam sketsa.

Senarai Pemenang Anugerah Ikon Sukan Harian Metro 2023

Bagi calon yang tersenarai dalam top 5 yang mendapat undian dengan markah tertinggi secara keseluruhan, beliau akan dinobatkan secara pemenang utama iaitu bagi Anugerah Ikon Sukan Terbaik.

Siapakah agaknya yang berjaya merangkup gelaran tersebut buat julung kalinya? Jom kita tengok senarai pemenang untuk setiap anugerah.

Anugerah Ikon Sukan Terbaik
Al Jufferi Jamari (Silat)

Anugerah Ikon Sukan Lagenda
Shalin Zulkifli (Bowling)

Ikon Sukan Lelaki Gardenia Breakthru
Al Jufferi Jamari (Silat)

Ikon Sukan Wanita Gardenia Breakthru
Nur Dhabitah Sabri (Terjun)

Ikon Sukan Paralimpik
Cheah Liek Hou (Badminton)

Ikon Sukan Jurulatih
Datuk Misbun Sidek (Badminton)

Ikon Sukan Persatuan/Kelab
Kelab Johor Datul Ta'zim (JDT)

Ikon Sukan Kepimpinan
Datuk Hamidin Mohd Amin (FAM)

Ikon Sukan Pempengaruh
Datuk Azizulhasni Awang (Berbasikal)

Ikon Sukan Harapan
Nurul Syasya Nadiah Mohd Ariffin (Penembak)


0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post