Review The Last Of Us. Siri Adaptasi Game Terbaik Di HBO Go

Review Siri The Last Of Us

Drama Siri Original HBO 'The Last Of Us' telah memulakan tayangan perdana di Malaysia untuk episod pertama pada 16 Januari 2023 (Isnin) secara eksklusif di platform penstriman HBO Go.

Episod : 9
Tayangan : HBO Original di HBO Go
Masa : 10.00 Malam
Klasifikasi : 18+
Genre : Drama, Survival Thriller
Penulis Skrip : Craig Mazin & Neil Druckman
Pengarah : Neil Druckman

Pelakon

Antara pelakon yang membintangi tv siri ini seperti Pedro Pascal, Bella Ramsey, Nico Parker, John Hannah, Merle Dandridge, Josh Brener, Brendan Fletcher, Anna Torv, Gabriel Luna, Murra Bartlett dan ramai lagi.

Sinopsis The Last Of Us

'The Last Of Us' mengisahkan tentang satu virus atau kulat yang sangat bahaya. Di katakan penyebaran awal di Indonesia dan seterusnya telah merebak ke semua bandar di Amerika Syarikat dengan jangkitan kulat tersebut bernama Cordyceps.

Kulat ini mampu mengubah manusia menjadi makhluk yang agresif (sama seperti zombie) apabila dijangkiti. Selepas 20 tahun kemudian, hampir semua penduduk di negara tersebut dijangkiti, tetapi bagi yang terselamat, mereka tinggal di sebuah tempat kuarantin. Ketika itu juga, masih tiada vaksin yang mampu melawan wabak tersebut. Jadi mereka masih berhati-hati meskipun sudah berada di tempat selamat.

Maka bermulalah pengembaraan Joel (lakonan Pedro Pascal) bersama Ellie (Bella Ramsey) bagi menyelamatkan adiknya iaitu Tommy selepas gagal dihubungi untuk beberapa hari.

Review Siri The Last Of Us

Review The Last Of Us

Dikatakan tv siri ini merupakan adaptasi video game Play Station iaitu 'The Last Of Us'. Siapa yang pernah bermain, pasti tahu tentang jalan ceritanya. Tapi adakah sama seperti game atau tidak, kena tengok sampai episod 9.

Mengikut komen yang aku baca di internet, rata-rata yang pernah bermain game ini, sangat berpuas hati untuk tayangan episod 1. Untuk aku pula, ya, aku juga berpuas hati walaupun aku tak pernah tahu dan tak pernah main pun game ini di Play Station.

Untuk episod 1, dia dah bagi pengenalan tentang watak dan virus kulat itu sendiri. Selain itu juga, telah dipertontonkan karakter zombie yang menyerang manusia. Tetapi aku juga dapat tahu, zombie tersebut adalah pada peringkat awal, jadi ini bermakna lepas-lepas ini kita akan dapat lihat transformasi zombie dengan wajah yang lain pula. Aku jadi lagi teruja untuk episod akan datang.

Aku minat cerita-cerita zombie dan aku looking forward untuk The Last Of Us. Tambahan pula, aku memang tak pernah main game dan aku tak tahu pun akan akan berlaku untuk episod-episod akan datang. Jadi macam mana pula yang pernah bermain game ni? Mesti dah tahu jalan cerita kan?

Review Siri The Last Of Us

Setakat ini tiada siapa yang tahu adakah jalan ceritanya sama seperti dalam game. Tapi jika aku jadi pengarah pun, aku takkan buat sama. Mesti ada plot twist juga supaya lain daripada cerita asal sekali gus dapat menarik juga pemain game tersebut.

Drama siri ini lengkap dengan beberapa elemen. Ada tentang seram, thriller, kekeluargaan, sedih, kerjasama, kepercayaan dan banyak lagi. Untuk kanak-kanak mungkin tak sesuai untuk ditonton, kerana ada elemen ganas dan darah.

Sinematografi pun cantik. Macam mana dia paparkan keadaan sebuah bandar yang sudah lama ditinggalkan tanpa penghuni untuk berpuluh tahun. So far, CGI terbaik dan taknampak macam 'kartun' pun.

Kalau ada yang tak sabar sangat nak tahu cerita keseluruhan, korang boleh pergi tonton Full Game Walkthrough di youtube yang menerangkan sepenuhnya jalan cerita tentang game ini. Setakat episod 1 ni, hampir 90% sama juga. Tapi nak best, kena tengok yang real punya la di HBO Go nanti.

Jadi untuk aku, korang memang kena tengok tv siri The Last Of Us ini di HBO Go. Boleh langgan dengan harga RM23.30 sebulan atau lebih murah untuk tempoh 3 bulan terus dengan harga RM69.90. Tonton di www.hbogoasia.my dan aplikasi HBO Go

  • Episod 1 - 16 Januari 2023
  • Episod 2 - 23 Januari 2023
  • Episod 3 - 30 Januari 2023
  • Episod 4 - 6 Februari 2023
  • Episod 5 - 13 Februari 2023
  • Episod 6 - 20 Februari 2023
  • Episod 7 - 27 Februari 2023
  • Episod 8 - 6 Mac 2023
  • Episod 9 - 13 Mac 2023

Episod 1 'The Last Of Us' rating : 4.5/5

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Review The Last Of Us. Siri Adaptasi Game Terbaik Di HBO Go"