Senarai Pemenang BWF Malaysia Open 2023

Senarai Pemenang BWF Malaysia Open 2023

Kini sudah selesai bagi kejohanan BWF Malaysia Open 2023 selepas 6 hari barisan pemain badminton beraksi bermula pada peringkat awal dari 10 hingga 15 Januari 2023 di final yang dilangsung di Axiata Arena, Kuala Lumpur.

BACA : Jadual & Keputusan Perlawanan BWF Malaysia Open 2023

Petronas Malaysia Open 2023 merupakan antara kejohanan yang tersenarai dalam kalendar BWF World Tour 2023 yang kini sudah berstatus Super 1000 yang mana menawarkan mata ranking  dan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah USD1,250,000 atau sekitar RM5.5 juta.

Jumlah Agihan Mata Dan Hadiah Wang Tunai

Setiap pemain yang layak bagi menyertai kejohanan ini sebenarnya layak untuk terima mata dan hadiah wang tunai tetapi mengikut pencapaian yang diperoleh.

Berikut merupakan senarai agihan mata (point) bagi setiap peringkat dalam kejohanan ini berdasarkan sistem mata BWF yang telah ditetapkan beserta agihan hadiah wang tunai

Agihan Mata Ranking (Point)

  • Juara - 12,000
  • Naib Juara - 10,200
  • Separuh Akhir - 8,400
  • Suku Akhir - 6,600
  • Pusingan 16 - 4,800
  • Pusingan 32 - 3,000

Agihan Hadiah Wang Tunai

[Perseorangan]

  • Juara - $87,500
  • Naib Juara - $42,500
  • Separuh Akhir - $17,500
  • Suku Akhir - $6,875
  • Pusingan 16 - $3,750
  • Pusingan 32 - $1,250

[Beregu] 

  • Juara - $92,500
  • Naib Juara - $43,750
  • Separuh Akhir - $17,500
  • Suku Akhir - $7812.50
  • Pusingan 16 - $4062.50
  • Pusingan 32 - $1250

Senarai Pemenang Kejohanan BWF Malaysia Open 2023

Kejohanan kali ini menampilkan seramai 16 wakil Malaysia bagi setiap kategori yang dipertandingkan. 3 wakil masing-masing untuk perseorangan lelaki dan regu wanita, seorang wakil perseorangan wanita, 4 wakil daripada regu lelaki dan 5 wakil untuk regu campuran.

Walaubagaimanapun, wakil negara paling tinggi hanya layak di pusingan suku akhir sahaja iaitu menerusi regu lelaki dan regu campuran. Berikut merupakan senarai pemenang Malaysia Open 2023 (podium) untuk semua kategori.

Kategori Pemain
Perseorangan
Lelaki
Juara Viktor Axelsen [1] (DEN)
Naib Juara Kodai Naraoka (JPN)
Perseorangan
Wanita
Juara Akane Yamaguchi [1] (JPN)
Naib Juara An Se Yong [2] (KOR)
Beregu
Lelaki
Juara Fajar Alfian [3]/Muhammad Ardianto (INA)
Naib Juara Liang Wei Keng/Wang Chang (CHN)
Beregu
Wanita
Juara Chen Qing Chen [1]/Jia Yi Fan (CHN)
Naib Juara Baek Ha Na/Lee Yu Rim (KOR)
Beregu
Campuran
Juara Zheng Si Wei [1]/ Huang Ya Qiong (CHN)
Naib Juara Yuta Watanabe [3]/Arisa Higashino (JPN)

Tahniah kepada semua pemenang!!!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post