Info Dan Sinopsis Special Force Anarchy Di Disney+ Hotstar

Drama siri Special Force Anarchy Di Disney+ Hotstar

Buat julung kalinya, Disney+ Hotstar mengeluarkan standalone siri original berjudul Special Force Anarchy yang akan menemui penonton mulai 14 Januari 2023, setiap hari Sabtu menerusi platform penstriman tersebut serta di www.hotstar.com/my

Siri 7 episod yang menekankan dengan situasi jenayah rompakan ini merupakan terbitan syarikat produksi Skop Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Syafiq Yusof dengan nukilan skrip daripada June Tan dan Nazri Vovinski.

Sinopsis Drama Siri Special Force Anarchy

Special Force Anarchy menampilkan barisan pelakon popular seperti Puteri Aishah, Dato’ M. Nasir, Yusuf Bahrin, Steve Yap, Dynas Mokhtar, Theeban G, Fify Azmi, Chacha Maembong, Elizabeth Tan, Johan As’ari, Daniella Sya dan ramai lagi.

  • Dato' M Nasir sebagai Umar
  • Puteri Aishah sebagai Iman
  • Yusuf Bahrin sebagai Jeff
  • Fify Azmi sebagai Merah
  • Chacha Maembong sebagai Putih
  • Anas Ridzuan sebagai Cakoi
  • Elizabeth Tan sebagai Sara
  • Johan As'ari sebagai Izzat

Tonton Special Force Anarchy online - DISINI | DISINI | DISINI

Ianya mengisahkan tentang perjalanan perjalanan seorang pegawai polis muda yang berani iaitu Iman dalam menyiasat sebuah kes rompakan bank terancang. Siasatan yang dilakukan telah mempertemukannya dengan satu kumpulan jenayah berbahaya dan membuka satu lembaran rahsia besar yang mampu mengubah segalanya.

Sebagai seorang pegawai polis cemerlang yang serba boleh, Iman direkrut untuk menyertai satu pasukan anti-rasuah elit khas yang diketuai oleh bapanya sendiri, Komander Qabil. Pasukan ini ditubuhkan khas untuk menyelesaikan kes jenayah paling berbahaya.

Penyertaan Iman telah membantu pasukan itu membongkar rancangan rompakan di Bank Tenggara oleh geng penjenayah ganas yang dikenali sebagai Azazel. Kumpulan pengganas ini diketuai oleh seorang lelaki bernama Umar.

Di tengah konflik persengketaan itu, Iman terperangkap dengan kebuntuan apabila berdepan dengan sebuah pendedahan mengejutkan. Iman kini dipaksa untuk membuat pilihan yang mustahil.

Drama siri Special Force Anarchy Di Disney+ Hotstar

Drama siri Special Force Anarchy Di Disney+ Hotstar

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post