Saksikan telefilem Calon Syurga yang akan menemui penonton semula pada 30 Januari 2023, bersiaran pada hari Isnin, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di watch.tonton.com.my
🎥 Tonton online : Link 1 | Link 2
Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2016 ini merupakan terbitan syarikat produksi Rashbir Media, Sdn. Bhd. diarahkan oleh Rashid Sibir dengan nukilan skrip bersama Rashid Sibir, Basri Musa, Nora Sham dan Hajis Sipir
Sinopsis Telefilem Calon Syurga
Telefilem Calon Syurga menampilkan barisan pelakon seperti Shukri Yahaya, Jalil Hamid, Norlia Ghani, Octovia Manrose, Nazrief Nazri, Adam Shahz, Razali Abd Ghanis, Riz Ismail, Asrizal Jais dan ramai lagi.
- Shukri Yahaya sebagai Aliff
- Jalil Hamid sebagai Pak Abu
- Norlia Ghani sebagai Mak Tom
- Octovia Manrose sebagai Dina
- Nazrief Nazri sebagai Ali
- Adam Shahz sebagai Mail
Ianya mengisahkan tentang Aliff iaitu seorang budak remaja yang degil tidak mahu dengar cakap ibu dan ayahnya. Mak Tom amat sayangkan Aliff dan mengikut saja apa kehendaknya semasa kecil hinggalah dia dewasa.
Aliff kemudian menjadi budak ukur jalan kerana gagal sekolah kerana malas dan berkawan dengan budak budak nakal dan terlibat dalam rempit di kampung itu. Mak Tom menjual nasi lemak dan Pak Abu pulak hanya seorang nelayan kais pagi makan pagi dan tak dapat memberikan yang terbaik untuk Aliff.
Satu hari Aliff bergaduh dengan ibunya Mak Tom kerana mahukan duit untuk membeli hadiah kepada teman wanitanya Dina, anak orang berada di kampung itu. Mak Tom jatuh tapi Aliff tak pedulikan hinggalah malam itu tiba tiba Mak Tom sakit dada dan dia diserang angin ahmar.
tertengok smlm , lelehh aurmata jga. Kita yg dah xda makayah ni terasaa sangat. Walau cerita lama. Seharusnya jd panduan yg masih ada ibubapa
ReplyDeletePost a Comment