Telefilem Miss Sakura Di TV2

Telefilem Miss Sakura Di TV2

Saksikan ulang siar telefilem Miss Sakura yang akan menemui penonton pada 13 Januari 2023, hari Jumaat jam 3.00 petang menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Telefilem yang bakal menggaandingkan pelakon negara serumpun dari Indonesia ini merupakan terbitan syarikat produksi UnoMedia Sdn. Bhd., diarahkan oleh Feroz Abdul Kader dengan penulisan skrip daripada Azlina Pa'wan.

Sinopsis Telefilem Miss Sakura

Telefilem Miss Sakuran menampilkan barisan pelakon seperti Ben Amir, Disha Devina, Meor Mohd, Nurliana Yahya, Kay Maria dan ramai lagi

Tonton telefilem Miss Sakura online - DISINI | DISINI

Ianya mengisahkan tentang Hadi seorang jurugambar tanpa sengaja telah terambil gambar seorang gadis berkimono semasa bercuti di Jepun. Sekembali ke Malaysia, Hadi telah jatuh cinta dengan gadis tersebut walaupun tidak mengenalinya. Dia memanggil gadis itu sebagai Sakura.

Sementara itu emak Hadi sibuk mencarikan jadoh untuk Hadi. Nadira ataupun yang Hadi anggap sebagai Sakura sebenarnya tinggal di Kuala Lumpur dan telah berhenti kerja kerana bergaduh dengan kawan pejabatnya.

Nadira kemudiannya bekerja di syarikat milik ayahnya dan dia dihantar ke Jepun. Atas desakan emaknya Hadi telah berkenalan dengan Nadia. Hadi ke Jepun lagi dan kali ini dia ternampak Sakura lalu mengekorinya sehingga ke tempat perkuburan.

Setelah pulang ke Malaysia Hadi bersetuju untuk mengahwini Nadia kerana menganggap Sakura adalah hantu. Suatu hari Hadi terserempak dengan Nadira di pasar raya membuatkan Hadi kaget lalu mencuit Nadira berkali-kali.

Akibatnya Hadi dibawa ke balai polis dan di situ terungkailah perkara yang sebenarnya.

Seterusnya Hadi menjadi rapat dengan Nadira dan membuat keputusan untuk berkahwin dengan Nadira tanpa pengetahuan Nadia. Bagaimanapun Nadia berjaya menjejaki Hadi hingga ke masjid dan dia sampai di situ sebaik sahaja akad nikah berlangsung.

Hadi melarikan diri dan hampir dilanggar kereta lalu pengsan. Sebaik saja dia tersedar, dia mendapati Nadia dan Nadira sedang menunggu untuk menyerangnya lalu dia melarikan diri lagi.

Penghujungnya adakah mereka berbaik semula?

Telefilem Miss Sakura Di TV2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post