Telefilem Sandiwara Biola Ayah Di TV1

Telefilem Sandiwara Biola Ayah Di TV1

Saksikan telefilem Sandiwara Biola Ayah yang akan menemui penonton pada 28 Januari 2023, bersiaran pada hari Sabtu, jam 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem ini merupakan terbitan syarikat produksi All Out Pictures TV, diarahkan oleh Zh Emdee @ Muhd Danial Hasbullah dengan nukilan skrip daripada tuan pengarah sendiri.

Sinopsis Telefilem Sandiwara Biola Ayah

Telefilem Sandiwara Biola Ayah menampilkan barisan pelakon seperti Aqmal Daniel, Zahiril Adzim, S. Azli (Ghazai Shahbudin), Oktovia Manrose, Azrul Raja Lawak, Heryanto, Zila Bakarin, Ramasuntran dan ramai lagi.

  • Aqmal Daniel sebagai Asmadi
  • Zahirul Adzim sebagai Asrul
  • S. Azli sebagai Azli
  • Oktovia Manrose sebagai Fifi

Ianya mengisahkan tentang perjalanan kehidupan Azli bersama anak-anaknya iaitu Asmadi Dan Asrul selepas kematian isterinya yang ingin melihat anak-anaknya terlibat dalam bidang seni.

Azli pandai menyanyi tetapi tidak mempunyai bakat untuk bermain alat muzik. Tetapi nasibya telah tertulis apabila anaknya Asrul cekap memetik gitar, manakala Azli pandai bermain biola.

Selepas Asmadi mendapat perhatian media, dia berasa malu dengan kerjaya ayahnya iaitu hanya sebagai pengawal keselamatan dan bertekad mahu keluar dari rumah mencari kesenangan sendiri bersama keluarga angkatnya.

Seorang ayah yang sanggup berkorban dengan menyara keperluan anak-anaknya sehingga berjaya menjadi pemain biola terkenal. Setelah berjaya, dia mula menjadi sombong dan melupakan asal-usulnya.

Telefilem Sandiwara Biola Ayah Di TV1

Telefilem Sandiwara Biola Ayah Di TV1

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post