Telefilem Terhentinya Doa Di TV9

Telefilem Terhentinya Doa Di TV9

Saksikan telefilem Terhentinya Doa yang akan menemui penonton pada 16 Januari 2023, hari Isnin pada jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di watch.tonton.com.my

Telefilem dengan tayangan asal pada tahun 2017 ini merupakan terbitan syarikat produksi JS Pictures Sdn. Bhd., diarahkan oleh Azman Yahya aka Jinggo dengan nukilan skrip daripada Rehal Nuharis.

Sinopsis Telefilem Terhentinya Doa

Telefilem Terhentinya Doa menampilkan barisan pelakon seperti Normah Damanhuri, Saharul Ridzwan, Azri Iskandar, Ozlyn, Sheila Rusly, Raja Hakim, Niena Baharun, Arif Aziz, Hjh Zaiton dan ramai lagi.

  • Normah Damanhuri sebagai Nek Wan
  • Saharul Ridzwan sebagai Wafie
  • Azri Iskandar sebagai Razali
  • Ozlyn sebagai Rosie
  • Sheila Rusly sebagai Aini
  • Raja Hakim sebagai Rafael
  • Niena Baharun sebagai Anis

Tonton telefilem Terhentinya Doa online - DISINI | DISINI

Ianya mengisahkan tentang Nek Wan yang berhidup sendirian di kampung yang mana telah disahkan mengidap virus chikugunya ketika menoreh getah. Dalam masa sama, Wafie yang pulang dari luar negara terkejut dengan berita tentang kesihatan Nek Wannya tersebut.

Konflik bermula apabila dua orang anak Nek Wan iaitu Razali dan Rosie bertengkar tentang siapa yang akan menjaganya. Selama berada di kampung, Wafie mendengar macam-macam cerita tentang keluarganya.

Setelah kesihatan Nek Wan kembali pulih, Wafie cuba mengubah keluarganya supaya selalu pulang ke kampung menjenguk Nek Wan dan selesaikan segala permusuhan.

Telefilem Terhentinya Doa Di TV9

Telefilem Terhentinya Doa Di TV9

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post