Beli Tumbler Zus Coffee Sebab Boleh Dapat 10% Diskaun

Beli Tumbler Zus Coffee Sebab Boleh Dapat 10% Diskaun

Beberapa minggu lalu, aku decide untuk beli tumbler pertama jenama kopi iaitu daripada Zus Coffee. Ada 2 pilihan warna; warna putih dan warna biru. Aku buat keputusan untuk beli warna biru yang pastinya sinonim dengan Zus Coffee.

Aku mula perasan dah lama tumbler ni tapi belum tergerak hari nak beli. Jadi tiba-tiba pada hari kejadian aku nampak Zus Coffee ada buat promosi 10% diskaun untuk tumbler tersebut melalui aplikasi di smartphone. Ianya kerjasama dengan mosh!

Aku pun tengok sekali imbas tumbler Zus Coffee ni cantik la juga dan tawaran harga tidaklah terlalu mahal berbanding dengan tumbler Starbucks (boleh tengok senarai disini). Tambahan lagi dengan tumbler ini, anda boleh dapatkan potongan 10% bagi setiap air kopi yang anda order secara online.

Jadi aku buat keputusan untuk beli. Harga asal adalah RM118.00. Kemudian dapat diskaun dan perlu bayar RM98.56 sahaja. Tapi tengok pengguna kali pertama atome boleh dapat baucer RM15, jadi aku bayarlah guna atome untuk 3 bulan.

Secara jumlahnya, aku hanya perlu bayar RM83.56 dengan RM27.85 sebulan untuk tempoh 3 bulan. Daripada RM118, aku bayar RM83.56. Aku dapat potongan RM34.44 semuanya. Untuk promosi ini, anda hanya boleh beli di https://shop.zuscoffee.com

Tetapi jangan risau, anda juga boleh beli di Shopee Zus Coffee dengan harga yang sama. Boleh dapatkan selagi stok terhad dan promosi sedang berjalan.

Review Tumbler Zus Coffee

Penghantaran hanya ambil masa 3 hari waktu bekerja sahaja sejuru selepas buat pembayaran. Dengan setiap pembalian, anda akan dapat tumbler besi berwarna biru (ikut pilihan warna) bersaiz 480 ml (16oz) bersama kotak. Paling unik ianya didatangkan juga dengan straw silikon yang boleh dililit pada bahagian atas.

Beli Tumbler Zus Coffee Sebab Boleh Dapat 10% Diskaun

Untuk reka bentuk atau design aku bagi biasa sahaja dengan kemasan minimalist. Ada tulis Zus Coffee pada bahagian hadapan dan mosh! pada bahagian belakang. Malangnya tiada logo ZUS. Mungkin ini spoil sikit sebenarnya. Kalau letak logo dah nampak mahal kot.

Tumbler ni mudah sahaja dibersihkan, takda la sampai terlalu sukar. Tapi mungkin ada bahagian kecil yang susah sikit nak cuci, tapi ok je. Cuci dengan sabun macam biasa.

Kualiti bagi aku sangat baik. Sesuai dengan harga. Aku beli spanish latte ais pada pukul 9.00 pagi dan aku minum pada 5.00 petang masih sejuk dan ada ais lagi seperti biasa. Juga bagi untuk air panas. Jadi kedapan suhu terbaik.

Boleh Dapatkan Diskaun 10% Bagi Setiap Pembelian Air Di Zus Coffee

Dengan tumbler Zus Coffee ini juga, anda boleh dapatkan diskaun 10 peratus bagi setiap pembelian air di Zus Coffee. Anda boleh dapatkan diskaun ini setiap hari tetapi terhad 2 kali sahaja sehari.

Hanya boleh dapat diskaun menerusi order di aplikasi sahaja. Selepas order, dapat diskaun, buat bayaran dan kemudian anda perlu bawa tumbler anda di cawangan Zus Coffee yang anda buat tempahan tersebut. Jangan risau, barista akan terus buat air anda.

Beli Tumbler Zus Coffee Sebab Boleh Dapat 10% Diskaun

Kalau beli Spanish Latte dengan harga RM10.90. Tetapi dengan order guna tumbler dapat diskaun 10% dan anda hanya perlu bayar RM9.80 sahaja. Boleh jimat satu ringgit setiap kali pembelian menggunaakn Tumbler Zus Coffee.

Dalam masa sama boleh la buat koleksi tumbler dengan harga sedikit marahaen kan...

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post