Cara Beli Pas Satu-Perlawanan Liga Super 2023 Di Sooka Harga RM4.90

Cara Langgan Pas Satu Perlawanan Liga Super 2023 Di Sooka Harga RM4.90

Selain pas bulanan sukan VIP dan pas bulanan Liga Malaysia, Sooka juga ada menyediakan pas single-match untuk satu perlawanan dengan tanda harga RM4.90 sahaja.

Dengan pas ini, anda boleh saksikan secara langsung perlawanan yang anda pilih tersebut menerusi Sooka di aplikasi mobile atau di web. Tidak lagi perlu gusar dengan sekatan dan gangguan iklan.

Di Sooka, tonton percuma hanya menerusi saluran RTM iaitu TV2 dan TV Okey serta Astro Arena. Jika ada perlawanan yang disiarkan di Arena Bola atau Arena Bola 2, anda perlu langgan secara bulanan atau pas 1-perlawanan tersebut.

Pastinya pilihan lebih murah, anda beli sahaja pas single-match dan pilih sahaja perlawanan mana yang anda ingin saksikan.

Sebagai contoh, jika anda peminat JDT, anda beli sahaja perlawanan yang melibatkan JDT. Jika anda penyokong Selangor, beli sahaja match yang ada perlawanan melibatkan pasukan Selangor dan seterusnya.

Cara Beli Dan Langgan Pas 1-Perlawanan Liga Super 2023 Di Sooka

Dengan adanya pas langgan serendah RM5.00 ini, anda tidak lagi cari saluran haram untuk menonton bola sepak secara live. Dalam masa sama, boleh support pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia kali ini.

Anda boleh langgan sama ada menggunakan aplikasi Sooka di telefon pintar anda atau di laman web https://sooka.my/. Langkah ini ditunjukkan menggunakan aplikasi. Lebih mudah.

Sebelum langgan apa-apa plan dan pakej di Sooka, anda terlebih dahulu daftar atau Sign Up akaun dan kemudian login seperti biasa

  1. Buka aplikasi Sooka dan cari perlawanan yang anda ingin saksikan pada ruang 'Search' dibahagian atas. Taip sahaja <pasukan 1> vs <pasukan 2>
  2. Jika sudah jumpa yang anda berminat, klik pada 'Buy From RM4.90'. Disini anda diberi beberapa pilihan untuk anda saksikan perlawanan tersebut. Pastinya paling murah adalah pakej RM4.90 tersebut. Klik padanya
  3. Kemudian anda akan dibawa ke halaman payment atau pembayaran. Jika anda pengguna Android, menggunakan Google Play dan jika pengguna iOS, menggunakan App Store.
  4. Dalam kaedah pembayaran ini, banyak diberi pilihan seperti Pay at 7-Eleven, Online Banking (FPX), TnG eWallet, Boost, kad kredit dan debit, ShopeePay dan banyak lagi. Lebih mudah, guna sahaja ShopeePay
  5. Jika sudah pilih kaedah pembayaran, klik '1-tap buy' dan selesai

Kini anda boleh saksikan perlawanan tersebut secara live ketika tayangan berlangsung. Kalau match start pukul 5.30, boleh tengok masa tersebut. Kalau match start pukul 9.00, buka aplikasi pada waktu tersebut.

Kalau tak faham, jangan risau disediakan tutorial dan cara langganan bersama gambar seperti dibawah

#1 - Login seperti biasa. Buka aplikasi Sooka dan 'search' perlawanan yang anda ingin tengok. Contoh: Selangor vs Kelantan United. Klik pada 'Buy From RM4.90'

Cara langgan 1 perlawanan liga Super 2023 di Sooka dengan harga RM4.90

#2 - Kemudian pilih pas yang berharga RM4.90 tersebut. Pilih kaedah pembayaran dan akhir sekali klik '1-tap buy'. Selesai!

Cara langgan 1 perlawanan liga Super 2023 di Sooka dengan harga RM4.90

Now dah boleh tengok live Liga Super 2023


0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post