Cuba Menu Rahmah OldTown White Coffee Dengan Harga RM5.00 Sahaja

Cuba Menu Rahmah OldTown White Coffee Dengan Harga RM5.00 Sahaja

Beberapa hari yang lalu, OldTown White Coffee Malaysia juga telah mengumumkan Menu Rahmah yang disediakan dengan harga RM5.00 sahaja sama seperti kedai makan dan restoren lain.

Selain daripada kedai makan dan Mydin, setakat ini sudah banyak restoren besar yang telah mengikut saranan kerajaan untuk menyediakan juadah makanan dengan harga murah seperti Burger King, AEON Mall, Chatime, Bubble Bee, Temerloh Catering dan terbaru Old Town White Coffee.

Inisiatif ini pastinya bagi mereka yang tidak berkemampuan dan sekali gus dapat berjimat dengan mengurangkan perbelanjaan makanan terutamanya ketika berada di luar rumah.

Menerusi Old Town White Coffee, mereka menawarkan sehingga 3 variasi Menu Rahmah yang tertumpu kepada juadah Nasi Lemak bersama air minuman iaitu jus limau. Tawaran untuk dine-in sahaja

  • Nasi Lemak + air limau = RM4.50
  • Nasi Lemak with sausage + air limau = RM5.00
  • Nasi Lemak with Minced Chicken + air limau = RM5.00

Cuba Menu Rahmah OldTown White Coffee Dengan Harga RM5.00 Sahaja

Senarai Lokasi Terpilih Menu Rahmah Oldtown White Coffee

Walaubagaimanapaun, katanya tawaran ini adalah terhad untuk lokasi terpilih sahaja. Antaranya ada di Temerloh, AEON Sunway Pyramid, Sunway GEO, Bandar Sunway Perdana, CIMB Menara Commerce, One City Subang Jaya, Malim Jaya Melaka, Alpa Angle, Taman Sejati Kedah, Batu Pahat Mall, Taman Universiti, AEON Permas Jaya, Kluang Mall, Sri Utama, Toppen Mall, Kuala Kangsar Road, Taman Botani, Sunway Citrine dan banyak lagi termasuk Sabah dan Sarawak.

Sepertinya hampir semua lokasi Old Town White Coffee ni ada menyediakan Menu Rahmah, tapi pihak mereka tidak mengeluarkan senarai rasmi. Jadi nak tahu lokasi mana yang ada, anda boleh tengok sini atau PM sahaja facebook OLDTOWN White Coffee Malaysia. Jangan risau, pantas dia jawab.

Review Nasi Lemak Menu Rahmah Old Town White Coffee

Dalam 3 juadah yang ditawarkan, aku pilih nasi lemak bersama daging cincang dengan ais limau yang berharga RM5.00 sahaja beserta caj. Jadi harga tersebut tidak lebih dan tidak kurang. Ni aku makan di cawangan Temerloh. Jadi boleh datang sini untuk yang berdekatan.

Perkara pertama kalau aku cuba menu rahmah ni macam aku cuba menu rahmah Burger King sebelum ini aku tengok saiz atau portion yang ditawarkan. Kita boleh jangka saiznya akan sedikit kecil atau kurang mengikut dengan ketetapan harga.

Jika dibandingkan dengan Nasi Lemak biasa yang ditawarkan saiznya sedikit kurang. Tapi berbanding harga biasa adalah RM7.90 dan yang ini RM5.00 dan bagi aku masih berbaloi untuk anda makan dan cuba terutamanya ketika sarapan pagi. Portion nasi tu bagi aku ngam dan just nice untuk seorang makan.

Cuba Menu Rahmah OldTown White Coffee Dengan Harga RM5.00 Sahaja

Tapi yang tak bestnya, menu rahmah ni dia sediakan dalam mangkuk dan bukan dalam pinggan. Aku rasa mungkin dia taknak nampak sikit nasi yang disediakan. Bagi aku ok je. Ikan bilis banyak, telur rebus separuh, sambal dan kacang. Saiz air limau pun besar. Overall nasi lemak dia pun best.

Bagi aku, menu rahmah OLDTOWN White Coffee ni berbaloi untuk anda cuba terutamanya untuk breakfast. Tapi jangan risau, ianya disediakan sepanjang hari selagi nasi tak habis lah. Lagi pula, makan kat sini best sebab ada aircond.


0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post