Review : Cuba Pertama Kali Buttercream Latte Antara Menu Popular Gigi Coffee.

Cuba Pertama Kali Buttercream Latte Antara Menu Popular Gigi Coffee. Sedap!

Rasanya sejak artikel ni diterbitkan, aku hanya pernah beli dan rasa menu daripada Gigi Coffee sebanyak 2 kali sahaja, sebab Temerloh tiada cawangan lagi. Pertama kali cuba Caramel Macciato dan terbaru aku cuba Buttercream Latte.

Pertama kali cuba pun sebab tak tahu menu apa yang popular kat sini, jadi pilihlah jalan selamat dengan menu yang biasa dengar. Dah beli semua baru tahu katanya kalau try Gigi Coffee, kena cuba Buttercream Latte.

Dengan harga RM12.00, anda boleh dapatkan secawan kopi ais tersebut. Selain sejuk, ada juga disediakan untuk kopi panas. Boleh cuba mana-mana ikut selera.

BACA : Senarai Harga Dan Menu Gigi Coffee

Kali pertama, cuba di IOI Mall dan kali kedua ni cuba di Kuantan, cawangan ECM. Sekarang di Kuantan dah ada, Pekan pun dah ada. Harap pihak Gigi Coffee buka la cawangan di Temerloh pula. Baru banyak pilihan.

Review Buttercream Latte Dari Gigi Coffee

Pertama kali cuba, dapat satu cup tersebut boleh nampak kepekatan dan likat cream yang disediakand. Kalau anda pernah cuba Dalgona Coffee masa PKP dulu tu, dia pekat macam tu lah lebih kurang.

Kemudian untuk rasa pula. Not bad dan sedap juga sebenarnya. Kalau nak rasa kelainan sikit daripada rasa kopi sebenar. Sebab dia ada rasa macam caramel, buttery dan pastinya creamy. Bagi aku, tak terlalu manis pun.

Tapi tak best sebab banyak ketulan ais la. Minum-minum tengok dah habis. Air macam sikit je. Mungkin sebab tu dia taknak manis sangat. Entah la

Cuba Pertama Kali Buttercream Latte Antara Menu Popular Gigi Coffee. Sedap!

Cup dia menarik juga sebab dia letak lapik kotak tu. Jadi boleh pegang lama, boleh acah minum kopi gituewww...

Baru perasan menu Buttercream ni merupakan antara 'star product' yang mana mendapat permintaan tinggi. Kalau nak cuba menu lain untuk best seller ni seperti Caffe Late, Pink Friday Strawberry Latte, Dark Choco Mocha, Caramel Cream dan banyak lagi.

Tapi dengan harga RM12.00 untuk secawan Buttercream Latte boleh la repeat tapi takda la minum setiap minggu. Mungkin 2-3 seminggu should be ok la kan. Macam mahal juga tu haha

Recommended untuk anda yang pertama kali cuba Gigi Coffee untuk go Buttercream Latte. Serius sedap!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post